Berita

Elak gulung tikar, peniaga tekad perbaharui strategi

Elak gulung tikar, peniaga tekad perbaharui strategi 2

PERINTAH kawalan pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan dalam negara akibat pandemik Covid-19 memberi kesan cukup besar terhadap peniaga. 

Sepanjang tempoh mencabar ini, golongan terbabit perlu memberi lebih tumpuan bagi mengelak perniagaan terhenti dan memastikan ia berkembang. 

Pada masa sama, peniaga juga perlu meneroka strategi baharu bagi memasarkan produk dan mencari cara keluar daripada zon krisis.

Perniagaan dalam talian

Image

Meskipun sebelum ini ramai pengguna kurang gemar membeli secara dalam talian, segalanya berubah sejak PKP dilaksanakan.

Dalam tempoh singkat, platform e-dagang atau perniagaan dalam talian tiba-tiba menjadi tumpuan. 

Peralihan trend pengguna ini dijangka berterusan memandangkan ramai mula menyedari proses pembelian dalam talian lebih mudah dan cepat. 

Selain itu, pergerakan terhad dan faktor keselamatan juga menjadikan pengguna selesa memilih cara baharu. 

Pemasaran digital

Image

Sejajar dengan peralihan ekonomi digital, peniaga disaran memperbaiki teknik pemasaran mereka supaya perniagaan kekal berdaya saing.

Teknik pemasaran digital perlu dikuasai oleh setiap peniaga memandangkan platform e-dagang dan media sosial menjadi medium baharu mempromosi perniagaan.

Selain memastikan perniagaan terus berkembang, pemasaran digital juga membolehkan produk perniagaan menjangkau ke pasaran lebih luas.

Bengkel perniagaan

Image

Selain itu, peniaga juga perlu memenuhi masa meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran keusahawanan serta memperkuatkan fizikal dan mental.

Ia penting sebagai persediaan menghadapi cabaran global yang pastinya mempengaruhi kestabilan mental dan emosi sewaktu menangani situasi ad hoc dalam perniagaan.

Peniaga boleh mengikuti kursus, bengkel atau webinar perniagaan yang disediakan oleh institusi kerajaan atau bukan kerajaan seperti bank, syarikat telekomunikasi dan banyak lagi. 

Alternatif mudah

Seiring dengan peralihan ekonomi digital, pemilik perniagaan Charlie’s Cafe, Desonny Tuzan dan Debra Leong antara usahawan yang pantas membuat pembaharuan untuk perniagaan mereka. 

ImageDesonny Tuzan, pemilik Charlie’s Cafe – FOTO Maxis

Berkongsi pengalaman kepada Harian Metro, Desonny berkata beliau memilih menggunakan Digital Marketing Starter Kit daripada Maxis Business. 

Selain efisien, kit pemasaran itu juga mudah digunakan. 

Pengguna dapat mengiklankan perniagaan di Google, Facebook dan Instagram menerusi satu platform dengan empat langkah mudah saja. 

Digital Marketing Starter Kit adalah platform pemasaran digital semua dalam satu, membantu peniaga meraih lebih ramai pelanggan sekali gus dapat menjana lebih pendapatan.

Selain Digital Marketing Starter Kit, syarikat telekomunikasi itu juga turut menawarkan pakej Cloud POS Lite untuk perniagaan makanan dan minuman. 

Image

Ia adalah penyelesaian POS yang komprehensif, membantu peniaga kurang pengalaman untuk mengembangkan perniagaan secara digital dalam waktu singkat.

Menurut pemilik Butterbee Cafe, Sasha Kamilia, beliau berpendapat bahawa Cloud POS Lite pilihan tepat memandangkan perniagaannya masih baharu.

ImageSasha Kamilia, pemilik Butterbee Cafe. – FOTO Maxis

“Untuk pemula, harga yang ditawarkan Maxis Business sangat berpatutan. Malah Cloud POS Lite membolehkan peniaga meningkatkan hasil jualan,

“Kami (peniaga) boleh menetapkan keluasan radius, membolehkan pelanggan yang tinggal berjauhan daripada premis juga dapat membuat pesanan,” katanya.

Sasha juga bersyukur kerana dengan adanya teknologi seperti Cloud POS Lite, urusan perniagaannya menjadi lebih mudah, segalanya di hujung jari. 

Geran Digitalisasi PKS

Image

Bagi usahawan yang berminat melanggan perkhidmatan Maxis Business, anda disaran merebut peluang untuk menebus Geran Digitalisasi PKS kerana lebih jimat dan menguntungkan. 

Menerusi inisiatif ini, peniaga berpeluang menebus geran dengan nilai sama sehingga RM5,000.

Maxis Business adalah pembekal perkhidmatan teknologi yang dilantik oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di bawah Geran Digitalisasi PKS milik PENJANA.

Dengan lebih daripada 17 jenis penyelesaian, Maxis Business bersedia memberikan pelan terbaik untuk setiap perniagaan bagi membantu mengekalkan momentum dalam situasi mencabar ini.

Komited bantu PKS

Sementara itu, Maxis Business turut menjalin usaha sama dengan AmBank dalam usaha meperkasa ekonomi PKS ke arah digitalisasi. 

AmBank-Maxis SME-in-a-box Solutions, pakej penyelesaian PKS sehenti yang menyediakan produk komprehensif, digabungkan dengan tawaran berlainan untuk memenuhi keperluan pelanggan PKS berbeza. 

Image

Antara tawaran boleh dinikmati adalah penyelesaian pembayaran gaji komprehensif dengan kadar faedah dan keuntungan sehingga 1.75 peratus setahun, kadar faedah dan keuntungan yang menarik hingga 1.55 peratus setahun untuk Akaun Semasa atau Akaun Semasa-i dan kemudahan pinjaman atau pembiayaan modal kerja hingga RM2 juta tanpa tempoh kunci masuk. 

Berkongsi mengenai kemudahan disediakan AmBank, Desonny berkata segalanya cepat dan efisien. 

Selepas mendaftar akaun semasa, AmBank turut menyediakan mesin kad kredit yang boleh menerima bayaran daripada semua e-dompet.

Lebih mengagumkan, AmBank juga antara bank yang pertama melancarkan sistem pembayaran QR nasional.

“Saya difahamkan, dengan satu sistem QR ini saja, peniaga boleh menerima pembayaran daripada mana-mana sistem pembayaran QR yang lain, dan ia akan masuk terus ke akaun AmBank saya,” katanya. 

Image

Pemilik Butterbee Cafe, Sasha turut mengambil peluang berkongsi mengenai AmBank SME-In-A-Box.

Selain mudah, sistem pembayaran QR ditawarkan AmBank juga membolehkan peniaga menyemak semua transaksi harian sekali gus melancarkan urusan merekod kewangan perniagaan.

Beliau yang turut mendaftar akaun semasa dengan AmBank berkata proses permohonan sangat mudah dan cepat, hanya perlu melengkapkan dokumen yang diperlukan. 

“Jika perniagaan mula beroperasi secara dalam talian, penyelesaian digital sangat diperlukan, bukan hanya untuk perniagaan yang sudah lama tetapi usahawan baru seperti saya juga sesuai,” katanya.

Digitalkan perniagaan anda sekarang!

Image

Sebagai usahawan, anda perlu bijak mencari ruang dan mempelbagaikan peluang perniagaan sedia ada, bagi memastikan kelangsungan pendapatan.

Setiap usahawan yang berjaya tidak akan cepat berserah serta berjiwa lemah, sebaliknya perlu bangkit meneruskan perniagaan dalam norma baharu ini.

Seiring dengan inisiatif PENJANA untuk menggalakkan penggunaan digital dalam kalangan usahawan, semua pemilik perniagaan harus merebut peluang menebus Geran Digital PKS menerusi pakej penyelesaian perniagaan yang disediakan Maxis Business . 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk yang sesuai untuk perniagaan anda, layari www.business.maxis.com.my/en/campaign/smegrant dan www.ambankmaxisbiz.com.

Elak gulung tikar, peniaga tekad perbaharui strategi 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo