Artikel Terkini

Elak Letak Barang Atas Peti Sejuk, Ini Alasannya Yang Perlu Anda Faham

Elak Letak Barang Atas Peti Sejuk, Ini Alasannya Yang Perlu Anda Faham
Elak Letak Barang Atas Peti Sejuk, Ini Alasannya Yang Perlu Anda Faham 1

Meletakkan barang atas peti sejuk adakalanyasalah satu solusi untuk menjimatkan ruang. Bukan sahaja barangan ringan seperti bekas makanan malah peralatan berat seperti TV dan microwave. Tahu kah anda ia merupakan satu kesalahan?

Walaupun hanya satu kotak sereal atau beda kecil anda letak atas peti sejuk, ia mengundang bahaya, ia buan sahaja menyebabkan badan peti sejuk terjejas untuk membebaskan panas, malah dikhutiri bahan yang diletakkan di atas peti sejuk terjatuh dibelakang koil peti sejuk dan mencetuskan kebakaran

Baca juga: Modal RM8 Dapat Baiki Peti Sejuk Yang Rosak, Kongsi Lelaki IniElak Letak Barang Atas Peti Sejuk, Ini Alasannya Yang Perlu Anda Faham 2Tambahan, perlu diketahui apabila barang berat diletakkan akan berlaku sedikit pergerakkan apabila anda membuka dan menutup pintu peti. Akhirnya dikhuatiri barang atas peti sejuk akan jatuh. Ia mungkin membahayakan dan tidak selamat jika jatuh terkena pada orang

Sebaiknya ruangan yang ada itu seeloknya dibiarkan kosong atau jika perlu sekali pun hanya letakkan barang-barang kecil seperti hiasan, kotak dan bekas makanan.

Sumber:https://www.mstar.com.my/

Ada sesetengah bahan yang memang tak sesuai langsung untuk disimpan didalam peti sejuk. Dan mungkin anda juga tidak sedar yang selama ini anda telah praktikkan rutin yang salah. Jadi mari kita semak bersama apa bahan makanan yang tidak perlu disimpan dalam peti ais.

1. Bawang
Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan peti sejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang

kering.

2. Kentang
Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar petisejuk dalam keadaan kering.

3. Sos
Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.

4. Roti
Menyimpan roti dalam petisejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk.

5. Makanan dalam tin
Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

6. Makanan panas
Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.

7. Rempah ratus
Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.

8. Mentega
Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.

9. Madu
Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.

10. Kopi
Cara terbaik untuk menyimpan kopi adalah dalam bekas kedap udara pada suhu bilik. Apabila ia sejuk, aroma kopi boleh hilang bahkan membina pemeluwapan yang boleh merosakkan kopi kisar.

Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad

Elak Letak Barang Atas Peti Sejuk, Ini Alasannya Yang Perlu Anda Faham 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo