Berita

Elise, Aryna juara beregu wanita

Elise, Aryna juara beregu wanita 2

Melbourne: Pilihan kedua, Elise Mertens dan Aryna Sabalenka menewaskan pasangan Barbora Krejcikova dan Katerina Siniakova untuk meraih kejuaraan pertama mereka dalam acara beregu di Terbuka Australia, hari ini.

Gandingan pemain Belgium dan Belarus itu terbukti sukar digugat pilihan ketiga dari Republik Czech itu apabila menang 6-2, 6-3 di Rod Laver Arena.

“Jelas sekali, minggu yang sukar sejak kebelakangan ini, jadi terima kasih kepada mereka yang terbabit. Gembira menyaksikan kehadiran semula penonton,” kata Elise.

Ia kejayaan kedua mereka sebagai satu pasukan di Grand Slam selepas Terbuka AS 2019 dan enam gelaran secara keseluruhan sekaligus menebus kekecewaan dalam acara perseorangan apabila masing-masing tersingkir pada pusingan keempat di Melbourne Park.

Mereka pertama kali bergandingan di Terbuka Australia 2019 dan sejak itu muncul antara empat beregu terkuat selain pasangan yang menjuarai dua Grand Slam, Barbora dan Katerina.

Elise, Aryna juara beregu wanita 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo