Berita

Elisya ada matlamaT | Harian Metro

Elisya ada matlamaT | Harian Metro 1

Elisya ada matlamaT | Harian Metro 2

MEMBANTERAS dadah bukan hanya menjadi tanggungjawab pihak berkuasa, sebaliknya perlu juga ditangani oleh seluruh masyarakat tidak kiralah apa juga latar belakang mahu pun lapisan usia.

Bagi pelakon muda, Elisya Sandha, dia juga punya matlamat tersendiri untuk membanteras dadah lebih-lebih lagi, selepas menggalas tanggungjawab sebagai Ikon Anti Dadah bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Ini adalah kali pertama, saya menjadi ikon bersama AADK. Apabila berpeluang ke Terengganu baru-baru ini, saya dapat melihat sendiri sejauh mana isu dadah ini berlaku dalam masyarakat kita.

“Di situ, saya belajar bagaimana tugas seorang ikon dan juga apa itu dadah. Di sana juga saya turut didedahkan dengan beberapa fakta contohnya graf berkaitan dengan penagihan dadah,” katanya.

Berkongsi mengenai tanggungjawabnya sebagai belia, Elisya meluahkan rasa simpati dengan segelintir golongan muda yang secara tidak langsung terbabit dengan najis dadah.

“Paling mengejutkan adalah apabila saya diberitahu mengenai remaja yang seluruh anggota keluarganya juga menagih dadah. Dalam kata lain ibu, bapa dan anak-anak menjadi penagih.

“Secara tak langsung, ini menunjukkan ada anak-anak remaja yang turut terbabit sama kerana terpengaruh dengan ibu bapa mereka.

“Ibu bapa sepatutnya menjadi contoh yang baik buat anak-anak, namun kerana beberapa sebab yang kita sendiri pun tak tahu maka, gejala ini menular dalam keluarga mereka,” katanya.

Berkongsi lagi mengenai pengalamannya berdepan dengan penagih dadah, Elisya bercerita mengenai zaman remajanya ketika masih bersekolah.

HASRAT Elisya, mahu bantu rakan artis terjebak dadah.
HASRAT Elisya, mahu bantu rakan artis terjebak dadah.

“Saya bersekolah di Sekolah Convent Bukit Nanas sejak darjah lima sehingga tingkatan lima.

“Jadi setiap hari ketika menaiki pengangkutan awam iaitu sistem transit aliran ringan (LRT), saya akan melihat sendiri beberapa penagih dadah yang tinggal di bawah jambatan dan sebahagiannya adalah gelandangan.

“Saya tidak menghakimi mereka dan tidak mahu bersikap stereotaip. Mungkin apa yang berlaku kepada mereka itu, ada sebab yang kita sendiri pun tak pasti dan mereka tidak ada tempat untuk mencari bantuan,” katanya.

Ditanya mengenai tanggungjawabnya sebagai ikon, Elisya berkata dia akan menggunakan platform media sosialnya sebaik mungkin untuk mengajak remaja menjauhi najis dadah.

“Kalau artis lain mungkin mereka boleh menghasilkan lagu dan sebagainya. Berbeza dengan saya, memang akan gunakan platform media sosial dengan sebaik mungkin,” katanya.

Bakal bintangi filem baharu, Rasuk

Ditanya mengenai industri hiburan yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah, Elisya tidak menafikan hakikat itu.

“Tidak terlambat untuk seseorang itu berubah ke arah kebaikan. Jadi, saya rasa setiap orang punya peluang untuk berubah menjadi lebih baik.

POSITIF, Elisya selesa tidak menghakimi masalah orang lain.
POSITIF, Elisya selesa tidak menghakimi masalah orang lain.

“Kita boleh mendekati mereka dan membantu serta memberi nasihat untuk membangkitkan semangat supaya mereka kuat untuk menjauhi gejala negatif seperti dadah.

“Tentunya sebagai salah seorang anak seni, saya juga ingin membantu rakan-rakan artis yang terjebak dalam najis dadah ini,

” katanya.

Selain Elisya, beberapa selebriti lain turut menjadi ikon anti dadah antaranya Aiman Tino, kumpulan Floor 88, Izzmad Harun, dan Keena Mentor.

Berkongsi mengenai perkembangan terbaru karier seninya, Elisya memaklumkan dia baharu saja selesai menjalani penggambaran telefilem dan bakal memulakan penggambaran untuk filem lakonannya menjelang bulan hadapan.

“Saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul Kampung Latah Kena Kuarantin yang akan ditayangkan di Astro First tidak lama lagi.

“Selain itu, menjelang bulan depan (Disembee) saya akan menjalani penggambaran untuk filem seram berjudul Rasuk. Selain saya, pelakon lain adalah Ikmal Amry, Alif Satar dan ramai lagi,” katanya.

Elisya ada matlamaT | Harian Metro 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo