Infotainment

Elon Musk Disahkan Positif Dan Negatif COVID-19 Pada Hari Yang Sama


Sebut mengenai Elon Musk, pastinya orang ramai akan mengenalinya. Berjaya membangunkan syarikat Tesla dan SpaceX sekaligus menghasilkan inovasi-inovasi menarik dalam dunia automotif serta aero angkasa membuatkan beliau diidolakan ramai.

Di sebalik pelbagai teknologi dan inovasi yang diperkenalkan, Elon Musk pada kali ini nampkanya terpaksa menjalankan ujian COVID-19 selepas dimaklumkan mengalami demam biasa.

Ironinya, berdasarkan ujian yang dijalankan sebanyak empat kali dalam sehari, dua ujian menunjukkan beliau positif COVID-19 manakala dua ujian lagi menunjukkan beliau negatif.

Apa yang lebih pelik, ujian yang dijalankan menggunakan mesin, pengendali serta kaedah yang sama sekaligus membuatkan Elon Musk meragui ujian yang dijalankan.

Berdasarkan kenyataan yang dibuat, terdapat netizen yang risau sekiranya situasi yang sama turut berlaku kepada sejumlah besar penduduk Amerika Syarikat yang pastinya bakal meningkatkan jumlah kes COVID-19 dengan mendadak.

Bukan itu sahaja, terdapat netizen yang memaklumkan terdapat sampel yang masih belum digunakan namun sudah menunjukkan keputusan positif COVID-19.

Di sebalik kepelbagaian inovasi yang dijalankan, Elon Musk sebelum ini sememangnya terkenal dengan sikapnya yang kerap mencari publisiti sekaligus membuatkan segelintir netizen meragui kenyataan yang dikeluarkan beliau.

Dalam pada itu, sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut daripada Elon Musk atau World Health Organization (WHO) mengenai isu yang berlaku di Amerika Syarikat ini.

Sebelum ini, Elon Musk pernah mencipta kontroversi dengan mengeluarkan kenyataan mahu lockdown di Amerika Syarikat ditamatkan.

Elon Musk Cipta Kontroversi Lagi, Kali Ini Mahukan ‘Lockdown’ Di Amerika Syarikat Ditamatkan

Baru Sahaja Empat Bulan, Elon Musk Sudah ‘Lupa’ Nama Anak X Æ A-12

Hanya Kerana ‘Tweet’ Elon Musk, Saham Tesla Jatuh RM60 Bilion






Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo