Infotainment

Empat Penunggang Motosikal Jatuh Di ‘Roundabout’ Didakwa Berpunca Daripada Tumpahan Minyak

Empat Penunggang Motosikal Jatuh Di ‘Roundabout’ Didakwa Berpunca Daripada Tumpahan Minyak
Empat Penunggang Motosikal Jatuh Di 'Roundabout' Didakwa Berpunca Daripada Tumpahan Minyak 1

Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Selain permukaan jalan yang basah akibat hujan, jalan raya dilitupi lapisan minyak turut menjadi salah satu ‘mimpi ngeri’ buat penunggang motosikal.

Artikel Berkaitan:

Baru-baru ini tular satu rakaman video dashcam yang dimuat naik oleh akaun Facebook Yu KH di mana kira-kira empat orang penunggang motosikal tergelincir dan terjatuh didakwa berpunca tumpahan minyak semasa melalui persimpangan di Bulatan Gok Kapur, Kota Bharu, Kelantan.

Kejadian yang mula berlaku pada 8.47 pagi itu apabila ada seorang penunggang motosikal tergelincir lalu terjatuh ke atas jalan raya. Dua minit selepas itu, ketika mangsa sedang membuat panggilan telefon, datang seorang penunggang motosikal berbaju merah terjatuh di hadapannya.

Kemudian datang sebuah SUV hitam Hyundai Tucson berhenti di tepi persimpangan itu untuk membantu penunggang motosikal yang baru sahaja terjatuh itu.

Ketika kedua-dua penunggang motosikal sedang menunggu pihak berkuasa, dua lagi penunggang motosikal terjatuh serentak di hadapan mereka.

Orang ramai yang mula menyedari insiden itu segera menghampiri kesemua mangsa-mangsa untuk memberikan pertolongan awal.

Empat Penunggang Motosikal Jatuh Di 'Roundabout' Didakwa Berpunca Daripada Tumpahan Minyak 3
Sumber Gambar: Facebook Yu KH

Kira-kira jam 9.15 pagi, sebuah van EMRS dan ambulans tiba ke lokasi kejadian untuk menghantar mangsa-mangsa bagi mendapatkan rawatan susulan.

Kemudian pasukan bomba membersihkan permukaan jalan raya yang dipercayai mempunyai kesan tumpahan minyak bagi mengelakkan kemalangan sama berulang lagi.

Empat Penunggang Motosikal Jatuh Di 'Roundabout' Didakwa Berpunca Daripada Tumpahan Minyak 4
Sumber Gambar: Facebook Yu KH

Netizen berasa simpati terhadap kesemua penunggang motosikal yang menjadi mangsa ‘malang yang tak berbau’ itu dan berharap agar mereka dapat segera pulih seperti sediakala.

Orang ramai turut meminta agar pemilik dashcam dapat membantu berkongsi rakaman video awal untuk mengenal pasti sama ada tumpahan minyak itu berlaku disebabkan kebocoran daripada mana-mana kenderaan yang melalui kawasan tersebut atau ia satu perbuatan khianat.


Empat Penunggang Motosikal Jatuh Di 'Roundabout' Didakwa Berpunca Daripada Tumpahan Minyak 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo