Infotainment

Empat Tahun Menanti, Awie Bakal Timang Anak Keenam

Empat Tahun Menanti, Awie Bakal Timang Anak Keenam 1

Empat Tahun Menanti, Awie Bakal Timang Anak Keenam 2

Hampir empat tahun menanti selepas mendirikan rumah tangga pada 2016, penyanyi dan pelakon popular Datuk Awie memaklumkan beliau dan isteri bakal menimang cahaya mata keenam pada tahun hadapan.

Awie atau Ahmad Azhar Othman, 52 tahun, berkata kandungan anak sulung bersama isterinya Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, kini sudah memasuki usia tujuh bulan dan dijangka bakal bersalin Januari depan.

BACA: Berat Naik Mendadak, Awie Takut Tengok Cermin

“Alhamdulillah, setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik. Ibu dan baby juga sihat-sihat sahaja. Tak ada apa yang ingin saya katakan, hanya memohon doa agar semuanya dipermudahkan,” katanya.

Perkhabaran gembira itu turut dikongsikan oleh Awie menerusi Instagram miliknya semalam. Awie turut memuat naik video menemani sterinya untuk membuat pemeriksaan rutin ibu hamil di sebuah hospital.

“Saya di sini bersama isteri untuk check kandungan tujuh bulan. Sudah lima anak saya dilahirkan di sini dengan satu doktor yang sama,” katanya.

Awie dan Sharifah Ladyana mendirikan rumah tangga pada 7 Oktober 2016 di Songkhla, Thailand. Terdahulu Awie pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Arni Nazira pada tahun 1998 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 19, dan Puteri Aleefa Antasha, 17.

Awie kemudian bernikah dengan Rozana Misbun adik kepada aktres Haliza Misbun pada 2006. Kasil daripada perkahwinan mereka, iaitu Putra Ahmad Merrah,11, Putra Ahmad Rezzki, 10; dan Puteri Qasseh Antasha, 8.



Empat Tahun Menanti, Awie Bakal Timang Anak Keenam 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo