Infotainment

Enam Pelajar Digantung Sekolah Serta-Merta, Dicadang Ditamatkan Pengajian Di MRSM

Enam Pelajar Digantung Sekolah Serta-Merta, Dicadang Ditamatkan Pengajian Di MRSM
Enam Pelajar Digantung Sekolah Serta-Merta, Dicadang Ditamatkan Pengajian Di MRSM 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Susulan tular video buli yang berlaku di sebuah Maktab Pengajian Sains Mara (MRSM), enam pelajar yang dikenal pasti terbabit dalam rakaman video tersebut digantung persekolahan serta merta selama dua minggu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) turut mencadangkan pelajar terbabit ditamatkan pengajian mereka di institusi itu.

“Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) MRSM sudah memanggil 10 pelajar yang terbabit dengan insiden berkenaan.

“Dalam laporan yang disediakan, enam pelajar terbabit memukul mangsa manakala empat pelajar yang berada di lokasi kejadian didapati bersubahat dan membuat provokasi. Pelajar-pelajar ini berada di Tingkatan 1 hingga tingkatan 3,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Padang Terap, Naka di sini, hari ini.

Mara sangat mengambil serius kejadian buli membabitkan pelajar di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan tindakan sewajarnya akan diambil. Mahdzir turut berkata pihaknya tidak akan mencampuri urusan siasatan dan menyerahkan soal siasatan kepada pihak polis.

“Malang bagi MRSM yang mempunyai pelajar-pelajar yang pandai, dipanggil temuduga sebagai saringan, kualiti pendidikan, ko-kurikulum dan jati diri mereka diambil kira untuk kemasukan ke MRSM.

“Tetapi masih juga berlaku lagi kejadian seumpama itu, jadi saya rasa amat kecewa kerana mereka tidak sepatutnya terdedah dengan perbuatan itu,” katanya.

Ini beberapa insiden buli lain yang pernah berlaku di dalam negara. Baca lagi pada pautan di bawah.

Tiga Remaja Di Kelantan Buli Dan Belasah Budak Berusia 13 Tahun Disebabkan Ayam Goreng

Mangsa Buli Bangun Pukul Semula Pembuli Buat Netizen Rasa Puas Hati

Anak Saya Didera Dan Dibunuh Kerana ‘Bomoh’ Fitnah Dia Mencuri, Kata Bapa Zulfarhan


Enam Pelajar Digantung Sekolah Serta-Merta, Dicadang Ditamatkan Pengajian Di MRSM 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list