Berita

Enggan buka pintu selepas nampak polis

Enggan buka pintu selepas nampak polis 2

Tanah Merah: Seorang penganggur ditahan di rumahnya di Kampung Gong Gua, Bukit Panau, di sini, bersama sejumlah dadah dan ubat batuk disimpan dalam rumah itu, tengah hari semalam.

Serbuan dilakukan pada 1.35 tengah hari oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah hasil maklumat dan risikan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, ketika serbuan dibuat, anggota mengarahkan suspek berusia 28 tahun membuka pintu jeriji bahagian tepi rumah.

“Suspek enggan mengikut arahan, sebaliknya terus melarikan diri masuk ke dalam bilik.

“Bimbang barang kes dimusnahkan atau dilupuskan, anggota kami bertindak memecahkan pintu jeriji dan pintu bilik belakang sebelum menahan suspek,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Zainuddin berkata, hasil pemeriksaan dalam rumah berkenaan menemui 630 biji pil kuda, 45 botol ubat batuk (kodein), dua kilogram daun ketum dan dua biji pil erimin 5 dengan nilai keseluruhan rampasan RM6,850.

Beliau berkata, pihaknya membuat sitaan terhadap sebuah kereta Perodua Kancil dan Kelisa, topi keledar jenama Shoei J Force, barang kemas, telefon bimbit, beg tangan dan beg sandang, jam tangan serta wang tunai berjumlah RM1,300 yang dipercayai hasil daripada aktiviti pengedaran dadah.

Menurutnya, suspek dipercayai sudah setahun terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah, namun semakan mendapati lelaki itu tiada rekod lampau.

“Ujian saringan dibuat mendapati suspek positif dadah jenis methampethamine dan ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 23 Februari.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan jika sabit kesalahan akan dijatuhkan hukuman mati,” katanya.

Enggan buka pintu selepas nampak polis 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo