Infotainment

Enggan Jual Tanah Ladang, Petani Ini Selamba Tuai Tanaman Dikelilingi Apartment Di Poland

Enggan Jual Tanah Ladang, Petani Ini Selamba Tuai Tanaman Dikelilingi Apartment Di Poland

Enggan Jual Tanah Ladang, Petani Ini Selamba Tuai Tanaman Dikelilingi Apartment Di Poland 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Konsep rumah jenis apartment amat sesuai untuk dibangunkan bagi menampung bilangan kepadatan penduduk yang terlalu ramai terutamanya di kawasan bandar. Sebagai usaha untuk tampil unik dan moden, terdapat pemaju yang tampil dengan idea untuk membina apartment berkonsepkan nature.

Dalam pada itu, lain pula ceritanya yang berlaku di Poland di mana terdapat ladang yang masih beroperasi di dalam kawasan kediaman apartment. Persoalannya, mengapa boleh wujudnya ladang di dalam kawasan apartment di Poland ini?

Difahamkan situasi ini berpunca daripada keegoan seorang lelaki bernama Michal Myslowski yang juga merupakan pemilik ladang tersebut yang enggan menjual tanah ladangnya kepada pemaju yang ingin membina apartment di situ, lapor Daily Mail.

Menariknya, ladang tersebut masih beroperasi dan cara Michal mengusahakan tuaian tanaman di ladangnya itu juga sempat dirakam oleh salah seorang penduduk setempat yang tinggal di apartment tersebut yang terletak bersebelahan dengan kawasan ladangnya.

Beruntungnya Michal apabila para penduduk setempat tidak merungut sebaliknya mereka memuji kerana kawasan ladangnya yang ‘sekangkang kera’ itu telah mewujudkan pemandangan yang indah di situ.

“Setakat ini tiada lagi isu yang timbul dan mereka faham dengan kerja saya. Begitu juga dengan kanak-kanak yang sangat gembira dengan kewujudan ladang ini,” kata Michal seperti dipetik Daily Mail.

Difahamkan bahawa Michal akan melakukan kerja-kerja pertanian di ladang tersebut untuk beberapa kali dalam setahun. Ujar beliau lagi, ladangnya juga talah dianggap sebagai ‘pengganti’ suasana serta pemandangan damai seolah-olah berada di kawasan kampung di tengah bandar.

“Kita ada pengganti suasana di kampung di tengah bandar. Pemandangan jadi lebih tenang apabila melihat ladang ini daripada melihat blok-blok bangunan yang ada di sekelilingnya,” kata Katarzyna, salah seorang penduduk di apartment tersebut.

Begitulah suasana kehidupan kejiranan yang bermuafakat seperti ditampilkan oleh para penduduk apartment di Poland ini yang bersikap terbuka dan tidak berasa terganggu dengan kewujudan ladang dan kerja-kerja pertanian yang dilakukan oleh Michal Myslowksi di kawasan ladangnya ini.

Berdegil tidak mahu jual tanah, rumah lelaki ini ibarat ‘Up’ di dunia sebenar. Baca lanjut menerusi klik pada pautan di bawah.

Berdegil Tidak Mahu Jual Tanah, Rumah Lelaki Ini Ibarat ‘Up’ Di Dunia Sebenar

Kerajaan Mesir Dikritik, Bina Lebuh Raya Dengan Jarak 50 Sentimeter Dari Balkoni Rumah

Rumah Berkonsepkan ‘Nature’ Makan Tuan, Hanya 10 Penghuni Berpindah Disebabkan Banyak Nyamuk



Enggan Jual Tanah Ladang, Petani Ini Selamba Tuai Tanaman Dikelilingi Apartment Di Poland 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo