Berita

Episod 6 LCK2 cecah 3.84 juta tontonan

Episod 6 LCK2 cecah 3.84 juta tontonan 2

Program realiti terbitan TV3, Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) terus mencipta fenomena sehingga menjadi program paling tinggi ditonton pada malam Ahad lalu apabila episod enam itu mencecah 3.84 juta penonton dan ‘trending’ di laman media Twitter secara organik sepanjang siaran dari pukul 9 hingga 11.30 malam. 

Pada episode itu, LCK2 menampilkan lapan pasangan duet yang merebut tempat ke pusingan separuh akhir.

Menampilkan tema Cinta Sepanjang Zaman, persembahan nyanyian duet daripada peserta ialah Syafiq dan Serra (Untukmu Sayang); Fariqwan dan Mina (Yang Sedang Sedang Saja); Kael dan Evie (My Baby You); Adly dan Darling (Semakin Hari Semakin Sayang); Iss dan Mya (Cintaku 100%); Amir dan Balqis (Mulanya Disini); Khareez dan Nadeera (Kehebatan Cinta); dan Hafiz dan Mafa (Bunga Angkasa).  

Pasangan Khareez dan Nadeera berjaya mendapat markah paling tinggi secara keseluruhan dan diikuti dengan Iss dan Mya serta Hariz dan Mafa.

KHAREEZ dan Nadeera mendapat markah paling tinggi. FOTO ihsan TV3
KHAREEZ dan Nadeera mendapat markah paling tinggi. FOTO ihsan TV3

Episod itu juga menyaksikan dua pasangan iaitu Amir dan Balqis serta Fariqwan dan Mina berada di tangga paling corot. Walaupun persembahan nampak romantik di atas pentas namun kesilapan pasangan Amir dan Balqis tidak dapat disembunyikan dan mereka disingkirkan.

Terdahulu, tirai persembahan dimulakan pasangan hos, Azwan Ali dan Elly Mazlein yang menyanyikan lagu Anggapanmu nyanyian asal Ziana Zain.

Episod itu turut menampilkan usahwan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida sebagai panel cinta untuk berbual mengenai topik Pisau Cukur. Manakala Black Hanifah tampil sebagai penyanyi jemputan, dan berduet bersama mentornya, Mas Idayu menerusi lagu Dua Insan Bercinta pada hujung program. 

Pemarkahan setiap peserta ditentukan dengan 70 peratus daripada barisan juri profesional dan 30 peratus daripada jumlah undian dalam talian di laman rasmi Lagu Cinta Kita Musim 2 (www.xtra.com.my/lck2).

 

Minggu ini adalah pusingan separuh akhir yang mana tujuh pasangan duet yang masih bertanding akan mempersembahkan tema Flora Cinta.

Episod 6 LCK2 cecah 3.84 juta tontonan 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo