Infotainment

Fizi Ali Tak Pernah Rancang Nak Rujuk, Baik Dengan Shakilla Sebab Anak

Fizi Ali Tak Pernah Rancang Nak Rujuk, Baik Dengan Shakilla Sebab Anak
Fizi Ali Tak Pernah Rancang Nak Rujuk, Baik Dengan Shakilla Sebab Anak 1

Dalam satu laporan sebelum ini, pelakon Shakilla Khoriri mengaku ada memujuk dan bercakap dengan bekas suaminya yang juga penyampai radio Suria FM, Fizi Ali untuk rujuk kembali.

Bagaimanapun, memetik mStar Online, Fizi bagaimanapun menolak dakwaan pernah merancang untuk rujuk semula dengan bekas isterinya itu.

BACA: Shakilla Khoriri Pujuk Nak Rujuk Kembali, Fizi Ali Belum Beri Kata Putus

Menurut Fizi, dia masih menjalin hubungan baik dan komunikasinya dengan Shakilla lebih tertumpi kepada soal penjagaan anak mereka, Ameena Sofia.

“Saya dan Shakilla tidak ada masalah selepas berpisah. Kami selalu berbincang soal anak dan tidak pernah bermasam muka.

“Bagaimanapun perbincangan untuk kembali bersama tidak pernah berlaku. Saya pun tidak tahu apa yang terjadi dalam satu temubual Shakilla sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Fizi tidak menolak jika bertemu dengan mana-mana wanita lain namun buat masa ini perkaraitu tidak menjadi keutamaan.

“Saya tak boleh nak tolak kalau jodoh datang bergolek. Jika ada orang baharu saya terima dengan hati terbuka.

“Namun sekarang fokus saya adalah untuk anak dan kerja. Masa untuk diri sendiri pun tak cukup. Saya selesa dengan apa yang dilakukan,” jelasnya.

Kata Fizi lagi, meskipun jodoh mereka tidak panjang namun mereka sepakat untuk menjaga anak mereka bersama-sama.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia kini berusia tiga tahun.


Fizi Ali Tak Pernah Rancang Nak Rujuk, Baik Dengan Shakilla Sebab Anak 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list