Infotainment

Gadis Istimewa Kemurungan, Hilang Tempat Bergantung Selepas Enam Kali ‘Dibuang’ Saudara Mara Angkat

Gadis Istimewa Kemurungan, Hilang Tempat Bergantung Selepas Enam Kali ‘Dibuang’ Saudara Mara Angkat

Gadis Istimewa Kemurungan, Hilang Tempat Bergantung Selepas Enam Kali 'Dibuang' Saudara Mara Angkat 1

Kini Trending

Gadis Istimewa Kemurungan, Hilang Tempat Bergantung Selepas Enam Kali 'Dibuang' Saudara Mara Angkat 2

Setiap ujian yang dihadapi oleh manusia di muka bumi ini berbeza. Ada yang membesar tanpa ibu ayah mereka disisi sejak kecil lagi dan ada juga yang tiada rezeki untuk menjaga ibu bapanya apabila mereka sudah berjaya.

Begitu juga seperti seorang gadis istimewa ini yang kini hanya tinggal sebarang kara apabila kedua-dua ibu bapanya dipercayai hilang sejak dari kecil lagi.

Gadis Istimewa Kemurungan, Hilang Tempat Bergantung Selepas Enam Kali 'Dibuang' Saudara Mara Angkat 4

Menerusi posting yang telah dikongsikan oleh Natipah Abu atau lebih dikenali sebagai Kak Pah di Facebook, dia menceritakan mengenai seorang gadis yang berusia 35 tahun yang dilihat ‘lurus’ dan lebih suka untuk menyendiri.

Gadis berkenaan dikatakan telah dibesarkan oleh keluarga angkatnya sejak dia kecil lagi dan kemudian ujian berat menimpanya apabila ibu, bapa dan kakak angkat sulungnya telah pergi dijemput Ilahi.

Apabila ditanya mengenai insan yang tersayang, gadis berkenaan hanya menjawab sepatah dan mengatakan tidak tahu serta mungkin sudah meninggal dunia.

Rupa-rupanya gadis berkenaan merupakan insan istimewa atau lebih jelas lagi ‘lembam’. Walau bagaimanapun, Kak Pah mempercayai bahawa faktor kemurungan juga menyebabkan dia kurang berinteraksi dengan orang lain.

Gadis Istimewa Kemurungan, Hilang Tempat Bergantung Selepas Enam Kali 'Dibuang' Saudara Mara Angkat 6

Sekadar gambar hiasan

Kisahnya sedih hidupnya bermula ketika dirinya masih lagi seorang bayi yang teleh diserahkan kepada sepasang suami isteri pada ketika itu oleh ibu kandungnya sendiri.

Ibu kandungnya meminta pasangan berkenaan untuk mengasuh bayinya dengan memberi alasan hendak pergi kerja dan setelah dia mendapat gaji, dia berjanji untuk membayar upah mengasuh.

Walau bagaimanapun, sejak daripada itu ibu kandungnya menghilang tanpa dikesan dan dia tinggal bersama pasangan berkenaan. Meskipun suaminya itu bekerja sebagai pengawal keselamatan dan hidup serba kekurangan namun dia membesar dengan penuh kasih sayang.

Akhirnya pasangan berkenaan menjadi ibu angkat kepada gadis berkenaan. Namun kegembiran hanya seketika apabila ibu angkatnya meninggal ketika dia masih kanak-kanak lagi.

Tinggallah dia dibesarkan oleh ayah angkat. Umum semua tahu, betapa kasihnya si ayah angkat terhadap dia. Dengan motorsikal, dia hantar ke sekolah sama seperti anak kandungnya yang lain.

Gadis Istimewa Kemurungan, Hilang Tempat Bergantung Selepas Enam Kali 'Dibuang' Saudara Mara Angkat 8

Sekadar gambar hiasan

Kehidupan masih diteruskan, ketika dirinya berusia 25 tahun ayah angkatnya jatuh sakit serta lumpuh akibat strok. Sejak dari itu, dia bersama ayah angkatnya berpindah ke rumah anak perempuan sulung ayah angkatnya.

Setelah lima tahun jaga bersama kakak angkatnya, ayahnya dijemput Ilahi dan enam bulan selepas itu, kakak angkat sulungnya pula pergi buat selama-lamanya.

Gadis terbabit terpaksa keluar daripada rumah berkenaan atas alasan aurat dengan bekas suami arwah kakak angkatnya itu dan kehidupannya bagai terumbang ambing. Dalam tempoh enam bulan, dikatakan sudah enam kali dia berpindah dari tangan ke tangan saudara mara keluarga angkatnya itu.

Namun pelbagai alasan yang diberikan supaya mereka tidak mahu menjaganya antaranya adalah alasan seperti aurat kerana gadis berkenaan bukan keluarga kandung mereka.

Sumber : Natipah Abu


Gadis Istimewa Kemurungan, Hilang Tempat Bergantung Selepas Enam Kali 'Dibuang' Saudara Mara Angkat 10

The following two tabs change content below.



Gadis Istimewa Kemurungan, Hilang Tempat Bergantung Selepas Enam Kali 'Dibuang' Saudara Mara Angkat 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo