Berita

Gambar kebahagiaan dalam lagu | Harian Metro

Gambar kebahagiaan dalam lagu | Harian Metro 2

SELAIN dikenali sebagai pelakon, Fattah Amin juga membina kerjaya dalam bidang nyanyian.

Terbaharu, dia muncul dengan lagu kerohanian berjudul Sinar Selawat.

Lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik ditulis bersama Hafiz dan Ahmad Fedtri Yahya itu dianggap sangat bermakna buat Fattah yang bergelar bapa pada 2 Oktober lalu dengan kelahiran cahaya matanya, Nur Fatima Aisya.

Fattah yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Nur Fazura pada 2017 menyifatkan tiada yang lebih indah selain memanjatkan doa dan kesyukuran kepada Allah SWT di atas kurniaan anak yang dinanti-nantikan selama ini.

Berbicara mengenai lagunya itu, Fattah berkata karya Sinar Selawat menterjemahkan kebahagiaan yang ada di dalam hatinya selepas bergelar bapa. Ujarnya, ia perasaan yang sangat indah.

“Lagu Sinar Selawat meluahkan suara hati dan perasaan bersyukur saya apabila Allah SWT mengurniakan zuriat buat kami suami isteri. Hadirnya, Nur Fatima Aisya adalah anugerah terindah.

“Seperti pasangan lain, saya dan isteri turut menginginkan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan rumah tangga kami. Alhamdulillah, penantian dan doa kami termakbul juga.

“Ia detik yang menjadi kenangan paling manis buat kami ketika menyambut kelahiran cahaya mata. Kemanisan dirasa lebih bermakna apabila kehadiran Nur Fatima Aisya diraikan dengan iringan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Ujar Fattah, rakaman lagu Sinar Selawat juga adalah projek istimewa kedua sempena kelahiran anak sulungnya itu. Katanya, lagu berkenaan sangat menyentuh hati dengan bait indah lirik yang dihasilkan.

LAGU Sinar Selawat, karya kedua hasil kerjasama Fattah dan Hafiz Hamidun.
LAGU Sinar Selawat, karya kedua hasil kerjasama Fattah dan Hafiz Hamidun.

“Sebagai penulis lirik berpengalaman, nukilan lirik Ahmad Fedtri kena dengan perasaan saya. Malah, dia (Ahmad Fedtri) berjaya menyelami segala yang terpendam dan terbuku di sudut hati ini, pada ketika saya menempuh pengalaman baharu menjadi seorang bapa.

“Tidak terkecuali, dia juga berjaya menterjemahkan perasaan bertuah dan terharu saya apabila Allah SWT memberikan peluang berharga untuk menikmati setiap saat yang istimewa selepas memiliki anak.

“Setiap bait lirik itu menyimpan makna yang tersendiri dan ia menjadi lebih sentimental apabila diselitkan dengan puji-pujian terhadap Allah SWT berserta selawat sebagai simbolik kesyukuran,” katanya.

Terdahulu, Fattah melancarkan lagu Kiriman Agung pada September lalu yang menjadi doa dan harapannya ketika menanti kedatangan cahaya mata sebagai penyeri hidup.

Sementara itu, Hafiz selaku komposer berkata, peluang bekerjasama dengan Fattah ketika rakaman lagu Kiriman Agung banyak membantunya untuk memahami apa yang dimahukan pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu.

“Agak mudah bekerja dengan Fattah dan tahu kehendak lagu diinginkannya kerana kami pernah bekerjasama sebelum ini. Ketika menghasilkan lagu Kiriman Agung, saya cuba memahami perasaan Fattah dan isteri, yang begitu menantikan kehadiran zuriat dalam rumah tangga mereka.

“Saya jadikan zikir-zikir amalan memohon zuriat sebagai asas utama untuk melodi dan Alhamdulillah, pendekatan berkenaan begitu menyentuh perasaan.

“Menerusi lagu Sinar Selawat ini, saya sebenarnya cuba menterjemahkan perasaan syukur dan terharu pasangan suami isteri apabila doa mereka dimakbulkan Allah untuk menimang cahaya mata,” katanya.

Sehubungan itu, video muzik lagu Sinar Selawat yang diiterbitkan Universal Music Malaysia dan dimuat naik di YouTube hingga kini sudah mencatat lebih 46,000 tontonan.

Gambar kebahagiaan dalam lagu | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo