Infotainment

Gara-Gara Berniqab, Linda Rafar Diserang Ustazah Dan Ustaz ‘Jadian’

Gara-Gara Berniqab, Linda Rafar Diserang Ustazah Dan Ustaz ‘Jadian’ 1

Penyanyi dan pelakon Linda Rafar khabarnya ada menerima banyak serangan peribadi daripada golongan agamawan yang terdiri daripada ustaz dan ustazah ‘jadian’ berikutan keputusannya untuk mengenakan niqab.

Linda Rafar


3 hari lalu

Penampilan Berubah, Linda Rafar Kini Sudah Berniqab?

Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar berkata dia berharap agar diberikan ruang dan sedikit pengertian berkenaan perubahan imejnya kini kerana tidak mahu terlalu menghebahkan mengenai hal tersebut.

Kata Linda, terlalu ramai agamawan jadian yang menyerangnya dengan menghantar mesej peribadi di media sosial Instagram miliknya.

Allahuakbar, ramai sungguh ustazah, ustaz jadian yang datang serang dan hantar direct message (DM) Instagram saya. Dengar sini, saya belum umumkan apa-apa lagi. Mohon jasa baik jaga hati dan perasaan saya. Untuk berubah, biar daripada hati.

Dalam pada itu, Lina meminta mereka di luar sana agar tidak menghukum seseorang yang ingin berubah ke arah yang lebih hanya dengan mencari kesalahan orang lain.

Tegas bekas anggota kumpulan nyanyian Elite itu lagi, tiada manusia dalam dunia ini yang sempurna termasuklah dirinya.

Terdahulu, Linda menerusi akaun Instagram miliknya dilihat sering saja menggayakan imej berniqab sejak kebelakangan ini.

Tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berikutan imej terbarunya itu, Linda hanya memohon doa yang baik daripada peminat di luar sana serta menyatakan dirinya masih belum bersedia untuk mengulas mengenai penampilan terbarunya itu.


Gara-Gara Berniqab, Linda Rafar Diserang Ustazah Dan Ustaz ‘Jadian’ 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo