Berita

Geran perkasa pengeluaran nanas | Harian Metro

Geran perkasa pengeluaran nanas | Harian Metro 2

INDUSTRI pengeluaran nanas negara akan terus dipergiat dan diperkasakan dengan menarik lebih ramai agropreneur muda untuk terbabit dalam tanaman komoditi itu yang dikategorikan sebagai sumber kekayaan baharu negara.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Mohd Khairuzamri M Salleh berkata, misi menggandakan hasil pengeluaran nanas negara mampu dicapai dengan pembabitan lebih ramai golongan muda bukan sahaja untuk menampung permintaan dari luar negara malah di peringkat domestik.

Beliau berkata, pelbagai usaha sudah dilaksanakan dan akan terus dirangka oleh unit Agropreneur Muda LPNM seperti pemberian geran Program Agropreneur Muda LPNM bagi mencapai matlamat berkenaan sekali gus menjadikan sektor penanaman nanas moden dinamik dan progresif.

Mohd Khairuzamri berkata, Geran Agropreneur Muda (GAM) daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan itu diberikan kepada agropreneur muda berusia 18 hingga 40 tahun yang terbabit dengan tanaman nanas dalam bentuk barangan seperti input pertanian dan peralatan perladangan.

Geran RM4.489 juta sudah diperuntukkan sejak 2018 yang membabitkan RM1.42 juta pada 2018, RM1.01 juta (2019) manakala RM2.05 juta pada 2020, katanya.

Menurutnya, sehingga kini, seramai 234 agropreneur muda nanas dari seluruh negara berjaya dilahirkan yang membabitkan 202 peserta bagi sektor tanaman, manakala 32 peserta bagi sektor industri asas tani.

“Kita (LPNM) harap dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih dan dengan Revolusi 4.0 yang boleh diaplikasikan dalam pertanian khususnya dalam tanaman nanas, orang muda akan tampil ke depan dengan membawa pembaharuan untuk membangunkan industri ini.

“60 peratus daripada pengusaha ketika ini berumur sekitar 60 tahun di mana penerimaan dalam kalangan mereka terhadap teknologi agak sukar apabila kebanyakan amalan dalam industri nanas masih konvensional dengan penggunaan buruh.

“Jadi, ini yang kita hendak ubah pembabitan dalam kalangan anak muda mencorakkan pemodenan industri nanas itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas sesi tinjauan mesra usahawan muda agropreneur tanaman nanas di kebun nanas di Parit Sikom, di sini, baru-baru ini.

Ia turut dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 Datuk Seri Ahmad Hamzah serta Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan.

Mohd Khairuzamri berkata dalam suasana pandemik ketika ini, kaedah pemasaran dalam kebiasaan baharu perlu dipertingkat seperti di Facebook dan Instagram.

Terkini, katanya, LPNM sedang mengadakan kerjasama dengan platform e-dagang terkenal Shopee Malaysia yang bertujuan untuk memperluas produk usahawan nanas dalam talian dengan mengumpulkann semua pengusaha nanas dalam satu platform.

“Ia dijangka dilancarkan pada awal tahun 2021,” katanya.

Geran perkasa pengeluaran nanas | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo