Artikel Terkini

Giroud jadi inspirasi kemenangan Perancis

Giroud jadi inspirasi kemenangan Perancis
Giroud jadi inspirasi kemenangan Perancis 1

DOHA – Juara bertahan, Perancis bermula dengan langkah positif pada saingan Piala Dunia 2022 selepas membelasah Australia 4-1 dalam aksi Kumpulan D yang berlangsung di Stadium Al Janoub hari ini.

Dua gol menerusi penyerang, Olivier Giroud serta masing-masing satu gol jaringan Adrien Rabiot dan Kylian Mbappe memastikan skuad kendalian Didier Deschamps itu meraih tiga mata pertama manakala gol Australia dijaringkan Craig Goodwin.

Lebih manis, dua gol yang dijaringkan Giroud menyaksikan pemain AC Milan itu menyamai rekod legenda Les Bleus, Thierry Henry sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 51 gol.

Walaupun ketinggalan 0-1 seawal minit kesembilan hasil jaringan Goodwin, namun Perancis tetap tenang apabila mengatur semula serangan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-27 selepas Rabiot menanduk masuk hantaran Theo Hernandez.

Lima minit berselang, Les Bleus mendahului perlawanan buat kali pertama selepas Giroud tenang menyudahkan hantaran yang dilakukan Rabiot, seterusnya membangkitkan semangat juang Perancis.

The Socceroos cuba bangkit dengan melakukan beberapa gerakan ke arah pintu gol Perancis, namun gagal menewaskan penjaga gol, Hugo Lloris dan kedudukan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung separuh masa kedua, Perancis memerlukan masa lebih 20 minit untuk meledak gol ketiga perlawanan apabila Mbappe menanduk masuk gol ketiga pasukannya selepas menerima hantaran lintang Ousmane Dembele.

Dua minit kemudian, Giroud memahat namanya sebagai salah seorang penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Perancis apabila tandukan yang dilakukan berjaya menewaskan penjaga gol Australia, Mathew Ryan buat kali keempat.

Aksi ditampilkan Giroud pada perlawanan itu pastinya melegakan Deschamps selepas beliau kehilangan khidmat penyerang Real Madrid, Karim Benzema yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan. – KOSMO! ONLINE


Giroud jadi inspirasi kemenangan Perancis 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo