Berita

Graf catatan masa Haiqal meningkat


Kuala Lumpur: Penularan wabak Covid-19 yang masih belum menampakkan penurunan nyata menggusarkan atlet olahraga negara kerana bimbang kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang sepatutnya berlangsung Disember ini akan turut dibatalkan.

Namun ketua jurulatih, Mohd Manshahar Abdul Jalil berkata, selagi tiada sebarang arahan, kejohanan berkenaan akan tetap dijalankan seperti ditetapkan pada 11 hingga 13 Disember kerana ia turut menawarkan tiket layak ke Sukan Olimpik Tokyo, tahun depan.

Justeru kesemua atlet diminta untuk meneruskan latihan seperti biasa dan kekal fokus bagi memastikan mereka bersedia apabila tiba waktunya.

Sementara itu raja pecut Asia Tenggara Haiqal Hanafi berkata, ketika ini prestasinya menunjukkan peningkatan dengan graf catatan masa yang meningkat.

Dia yang beraksi dalam acara 300 meter (m) ketika sesi ujian Sabtu lalu merekodkan 35 saat (s).

”Berdasarkan keadaan semasa ketika ini, saya puas hati dengan catatan itu. Kalau nak ikutkan ada peningkatan sebab kali pertama saya buat catatan masa dalam acara 300m adalah sekitar 38 saat, kali kedua 37 dan kali ketiga ini saya lakukan dalam 35s.

”Jika Terbuka Malaysia berlangsung bulan depan, dapatlah saya lihat prestasi saya dan jika boleh saya mahu buat catatan masa terbaik musim ini iaitu 10.30 atau 10.33s,” kata Haiqal yang merekodkan 34.3 saat (catatan tangan) dalam acara 300m sebagai catatan terbaiknya. Mengulas mengenai latihannya bersama Dwayne Miller, Haiqal berkata, dia tidak boleh mengulas lanjut berikutan tiada sebarang kejohanan untuk melihat keberkesanan teknik latihan jurulatihnya itu.

Tambahan pula, dia baru tiga bulan berlatih di bawah bimbingan jurulatih dari Amerika Syarikat itu namun atlet kelahiran Negeri Sembilan terbabit meletakkan harapan besar untuk terus mengekalkan momentum juara di setiap kejohanan disertai.

Biarpun anak muda berusia 21 tahun itu bakal terlepas aksi Sukan Malaysia (Sukma) apabila temasya itu dibatalkan, Haiqal bagaimanapun dikatakan berpeluang cerah untuk beraksi di Olimpik atas tiket wild card.

Ia berdasarkan kejayaannya merangkul emas di Sukan Sea Filipina dengan catatan 10.35s meninggalkan dua atlet daripada Thailand, Sowan Ruttanapon 10.49s dan Bandit Chuangchai 10.52s.



Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo