Infotainment

Guru Taska Dera Kanak-Kanak Hiperaktif Ditahan, Tarik Telinga Sampai Lebam & Tekap Muka Dengan Bantal

Guru Taska Dera Kanak-Kanak Hiperaktif Ditahan, Tarik Telinga Sampai Lebam & Tekap Muka Dengan Bantal
Guru Taska Dera Kanak-Kanak Hiperaktif Ditahan, Tarik Telinga Sampai Lebam & Tekap Muka Dengan Bantal 1

Guru Taska Dera Kanak-Kanak Hiperaktif Ditahan, Tarik Telinga Sampai Lebam & Tekap Muka Dengan Bantal

Sekadar gambar hiasan

Seorang guru wanita di sebuah taska di Tampoi, Johor Bahru ditahan polis gara-gara dipercayai mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Kanak-kanak hiperaktif didera

Guru Taska Dera Kanak-Kanak Hiperaktif Ditahan, Tarik Telinga Sampai Lebam & Tekap Muka Dengan Bantal 3

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid, ibu kepada kanak-kanak terbabit telah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan susulan tular sebuah video memperlihatkan seorang guru mendera kanak-kanak di media sosial.

Difahamkan, mangsa yang merupakan seorang hiperaktif dan mempunyai masalah lambat bercakap itu ditempatkan di taska terbabit kerana mempunyai pusat jagaan untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Hasil siasatan melalui rakaman kamera litar bertutup (CCTV) taska mendapati guru berkenaan telah menarik telinga dan menekap bantal ke muka mangsa.

Lebam atas telinga kanan

Guru Taska Dera Kanak-Kanak Hiperaktif Ditahan, Tarik Telinga Sampai Lebam & Tekap Muka Dengan Bantal 4

Sekadar gambar hiasan

Mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan. Pegawai perubatan mengesahkan bahawa mangsa mengalami lebam pada bahagian atas telinga kanan dipercayai didera oleh suspek.

Walau bagaimanapun, pihak polis berjaya menahan guru berusia 24 tahun itu di tepi Jalan Putih, Skudai dan direman sehingga 17 Mei 2022 bagi membantu siasatan.

Susulan daripada itu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda sebanyak RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Sumber : Harian Metro

Guru Taska Dera Kanak-Kanak Hiperaktif Ditahan, Tarik Telinga Sampai Lebam & Tekap Muka Dengan Bantal 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list