Infotainment

Habis Terjual Dalam Masa 3 Jam, Reseller Ambil Kesempatan Jual Semula Tiket Konsert Justin Bieber

Habis Terjual Dalam Masa 3 Jam, Reseller Ambil Kesempatan Jual Semula Tiket Konsert Justin Bieber
Habis Terjual Dalam Masa 3 Jam, Reseller Ambil Kesempatan Jual Semula Tiket Konsert Justin Bieber 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Tiket konsert Justin Bieber dijual mulai jam 11 pagi tadi dan menyaksikan para peminat telah menunggu awal untuk membeli tiket. Akan tetapi, tiket konsert tersebut habis terjual dalam masa 3 jam dan membuatkan ramai berasa kecewa.

Menjengah ke media sosial, rata-rata peminat yang berjaya mendapatkan tiket tersebut berkongsi kegembiraan mereka dan tidak sabar untuk menghadiri konsert itu pada bulan Oktober ini.

Akan tetapi, ada juga yang meluahkan rasa kecewa kerana gagal untuk mendapatkan tiket tersebut. Malah, ada juga yang berkongsi beberapa tangkap layar memaparkan cubaan ‘reseller’ untuk menjual kembali tiket konsert Justin Bieber dengan harga yang lebih mahal.

Dapat dilihat, harga tiket untuk CAT 7 hanyalah berharga RM288 tetapi dijual kembali dengan harga mencecah RM1,000. Hal ini sering terjadi tetapi anda dinasihatkan untuk tidak membeli tiket daripada ‘reseller’ agar anda tidak kecewa kerana tidak dibenarkan masuk ke konsert.

Ini kerana, jelas dalam terma dan syarat pembelian tiket, jika didapati tiket dijual kembali maka tiket dianggap tidak sah. Oleh itu, jika didapati maklumat dalam tiket pembelian tidak sama dengan yang hadir, besar kemungkinan anda tidak akan dibenarkan masuk ke konsert.

Untuk pengetahuan anda, konsert jelajah Justin Bieber ini berlangsung pada 22 Oktober 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi Go Live Asia di sini.

Sementara itu, kami kongsikan berita berkaitan konsert jelajah Justin Bieber pada pautan di bawah ini.

Justin Bieber Umum Konsert Jelajah Di Malaysia 22 Oktober Depan, Tiket VIP Setinggi RM2,088

Mengaku Bersalah Ambil Dadah, Zarina Anjoulie Didenda RM4,000

KKM Kongsi SOP Untuk Individu Yang Hilang Status Vaksinasi Lengkap Mulai 1 April

 

 


Habis Terjual Dalam Masa 3 Jam, Reseller Ambil Kesempatan Jual Semula Tiket Konsert Justin Bieber 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list