Berita

Hafizh enggan terlepas aksi Losail

Hafizh enggan terlepas aksi Losail 2

Kuala Lumpur: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakui sedang mengejar masa bagi membolehkannya beraksi pada sesi ujian rasmi 19 Mac depan di Litar Antarabangsa Losail, Qatar.

Pada minggu lalu, Hafizh yang akan beraksi bersama pasukan baharunya, NTS RW Racing GP selamat membuang plat besi di tangannya sejak enam tahun lalu akibat kemalangan di Grand Prix Valencia 2015.

Dia memerlukan masa selama sebulan untuk pulih sepenuhnya bagi membolehkannya kembali menunggang jentera pada sesi ujian rasmi di Qatar.

Pelumba berusia 26 tahun itu juga perlu memastikan dia benar-benar bersedia kerana Qatar juga akan menganjurkan pusingan pembuka tirai Kejohanan Motosikal Dunia seminggu selepas sesi ujian rasmi dan kemudian pusingan kedua pada 4 April.

“Saya perlukan sekurang-kurangnya sebulan untuk kembali pulih sepenuhnya. Walaupun mungkin tidak 100 peratus, saya harap dapat sekurang-kurangnya memperoleh kecergasan antara 80 hingga 85 peratus.

“Sekarang saya sedang menjalani proses pemulihan dan pada masa sama cuba melakukan sesuatu yang berbeza untuk menguatkan mentaliti diri,” katanya ketika dihubungi.

Jelas Hafizh, masa sememangnya semakin suntuk untuknya membuat persediaan kempen musim ini walaupun sudah menjalani latihan sejak bulan lalu.

“Selepas itu saya terpaksa berehat selama seminggu untuk jalani pembedahan. Sekarang baru dapat kembali jalani latihan semula,” katanya.

Pada musim lalu yang turut terkesan dengan pandemik Covid-19, Hafizh yang kembali menyertai kelas Moto2 selepas dua tahun berada di kelas perdana menamatkan saingan keseluruhan di tempat ke-21 dengan mengumpul 21 mata.

Hafizh enggan terlepas aksi Losail 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo