Berita

Hafizh tak rela jodoh setahun

Hafizh tak rela jodoh setahun 2

Kuala Lumpur: Bukan hanya semusim sebaliknya pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengimpikan kerjasama yang panjang bersama pasukan NTS RW Racing GP dalam usaha membantu pasukan itu meraih pencapaian lebih baik pada masa depan.

Hafizh yang mengikat kontrak selama setahun bersama pasukan dari Belanda itu berkata, tidak seperti pasukan lain, NTS baru bertapak selama tiga tahun di Kejohanan Motosikal Dunia sekali gus memerlukan masa untuk menyerlah.

“Apabila mengikat kontrak dengan NTS, kalau boleh saya mahu kerjasama yang panjang demi masa depan pasukan ini. Jentera NTS baru tiga tahun di Kejohanan Dunia. Jadi banyak perkara yang perlu diteliti dan diperbaiki,” katanya.

Hafizh berkata, dengan usia NTS yang masih mentah, dia tidak mahu meletakkan sasaran tinggi pada musim depan.

“Sudah pasti saya mahukan keputusan terbaik di setiap pusingan. Tapi saya tidak berani untuk menjanjikan apa-apa. Lagi pun saya masih belum menguji sepenuhnya jentera baharu ini, jadi sukar untuk saya memberi komen mengenainya,” katanya.

Kali pertama Hafizh menguji jentera NTS adalah pada bulan lalu di Litar Jerez yang menyaksikannya dapat melakukan 71 pusingan.

Untuk rekod, ia kali keempat berturut-turut Hafizh menunggang jentera berbeza bermula dengan Yamaha pada 2018 di MotoGP, KTM pada 2019 juga di MotoGP, Speed Up (Moto2 2020) dan NTS pada tahun depan.

Hafizh tak rela jodoh setahun 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo