Infotainment

Hampir 4 Tahun Pegang Gelaran ‘Dato’, Boy Iman Akur & Terima Keputusan Pihak Istana

Hampir 4 Tahun Pegang Gelaran 'Dato', Boy Iman Akur & Terima Keputusan Pihak Istana 2

Kini Trending

Hampir 4 Tahun Pegang Gelaran 'Dato', Boy Iman Akur & Terima Keputusan Pihak Istana 3

Pelakon dan ahli perniagaan, Boy Iman secara rasmi memberitahu bahawa dia hilang gelaran ‘Dato’ selepas menerima surat penarikan dan pembatalan darjah kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), semalam.

Artikel berkaitan: Gelaran Datuk Farid Kamil & Boy Iman Ditarik Balik

Artikel berkaitan: Farid Kamil Terima Keputusan Pihak Istana, Boy Iman Bakal Hantar Surat Kepada SUK Pahang?

Menerusi Instagram Boy Iman, dia mengetahui mengenai penarikan dan pembatalan darjah kebesaran tersebut sejak 10 Februari lalu apabila Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak mengumumkan menerusi satu kenyataan rasmi.

Hampir 4 Tahun Pegang Gelaran 'Dato', Boy Iman Akur & Terima Keputusan Pihak Istana 4

Menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, saya menerima penarikan dan pembatalan Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur yang membawa gelaran Yang Hormat ‘Dato’ yang telah dikurniakan pada saya bertarikh 24hb Mei 2017 sepertimana dimaklumkan melalui surat rasmi yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang bertarikh 1hb Februari 2021 yang diterima oleh saya pada 11hb Februari 2021 di jam sekitar 4 petang.

Ianya selaras dengan prinsip rukun negara iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Dan dengan ini secara rasminya saya dikenali untuk urusan rasmi atau tidak rasmi dengan nama DBI, Boy Iman atau Norul Iman A Rahman. Saya juga menjunjung kasih tak terhingga kepada Tuanku diatas pengurniaan dan penggunaan gelaran ini selama hampir 4 tahun dan melafazkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Tuanku. Daulat Tuanku!

Menurut Boy Iman, dia menjunjung titah perintah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Sebagai rakyat biasa, dia turut menghormat prinsip rukun negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara. Jelasnya lagi, dia kini dikenali sebagai DBI, Boy Iman atau Nourul Iman A Rahman untuk semua urusan rasmi mahupun tidak.

Terdahulu, Boy Iman telah mempersoalkan kandungan surat yang diterima olehnya itu tidak menyatakan sebab darjah kebesaran itu ditarik. Dalam kenyataan yang sama juga, dia memohon maaf sekiranya kenyataan mempersoalkan protokol dan prosedur perkara itu menimbulkan salah faham warganet.

Sumber: Boy Iman



Hampir 4 Tahun Pegang Gelaran 'Dato', Boy Iman Akur & Terima Keputusan Pihak Istana 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo