Infotainment

Haneesya Hanee Terharu, Tak Sangka Foto Bertudung Terima Pujian

Haneesya Hanee Terharu, Tak Sangka Foto Bertudung Terima Pujian 1

Haneesya Hanee Terharu, Tak Sangka Foto Bertudung Terima Pujian 2

Sering dikecam susulan kontroversinya terdahulu, pelakon Haneesya Hanee akui terharu apabila foto mengenakan hijab yang dimuat naik di Instagram mendapat komen positif di kalangan netizen.

Menurut Haneesya, sudah lama dia menantikan ruangan komen Instagram miliknya dipenuhi dengan ucapan kata-kata positif dari orang ramai. Dalam pada itu, Haneesya mengakui ada niat untuk berhijab namun belum masanya lagi.

BACA: Netizen Sokong Haneesya Hanee Bidas Penyokong Sajat

“Saya sangat gembira baca komen-komen yang positif dari netizen dan dapat lihat perbezaan berbanding dulu.

“Walaupun imej saya berhijab ini untuk penggambaran tetapi apa yang boleh saya katakan, komen-komen mereka ini sedikit sebanyak membuka pintu hati saya untuk berhijab. Dah lama saya ada niat untuk berhijab cuma belum masanya lagi. InsyaAllah satu hari nanti,” katanya.

Kehidupannya kini lebih baik dan lebih tenang selepas berdepan ujian hebat awal tahun lalu, Haneesya berkata dia mahu kembali dengan semangat baru dan mula memaafkan diri sendiri.

Difahamkan, Haneesya kini sudah mula aktif kembali dalam bidang peragaan dan turut mempunyai bisnes produk penjagaan rambut miliknya sendiri.



Haneesya Hanee Terharu, Tak Sangka Foto Bertudung Terima Pujian 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo