Artikel Terkini

Hapuskan Nyamuk Dan Serangga Perosak Dengan 6 Jenis Tanaman Ini

Hapuskan Nyamuk Dan Serangga Perosak Dengan 6 Jenis Tanaman Ini 1

Hapuskan Nyamuk Dan Serangga Perosak Dengan 6 Jenis Tanaman Ini 2

Biasanya, cara paling mudah dan cepat kita nak membunuh atau membasmi nyamuk adalah dengan menyembur sahaja semburan aerosol tanpa berfikir panjang. Tetapi suka atau tidak, kita tidak boleh abaikan hakikat yang bahan ini beracun. Walaupun kandungan racun dalam semburan ini rendah, tetapi jika digukan berulang kali ia boleh mendatangkan bahaya.

Jadi untuk kurangkan risiko masalah kesihatan dalam jangka masa yang panjang, adalah lebih baik jika kita ambil pendekatan yang lebih selamat iaitu dengan menggunakan tumbuhan sebagai penghapus nyamuk.

Terdapat 6 tanaman pilihan yang IMPIANA sarankan untuk anda :

1. Allium Tuberosum (Kucai)
Tanaman herba yang paling mudah ditanam. Ia boleh hidup di bawah matahari penuh atau redup. Bahan kimia dari tanaman kucai juga dapat menghalang kehadiran afid dan kumbang di taman anda.

Hapuskan Nyamuk Dan Serangga Perosak Dengan 6 Jenis Tanaman Ini 3

2. Mentha spicata (pudina)
Ia biasa ditanam di dalam pasu atau batasan. Kelebihan pudina dapat menghalang kehadiran serangga seperti lalat putih yang memakan bahagian bawah daun, serangga, semut dan pepijat.

Hapuskan Nyamuk Dan Serangga Perosak Dengan 6 Jenis Tanaman Ini 4

3. Petunia spp.
Petunia adalah musuh kepada kumbang tanduk, pepijat, belalang dan cacing.

Hapuskan Nyamuk Dan Serangga Perosak Dengan 6 Jenis Tanaman Ini 5

4. Amaranth spinosus (Bayam Duri)
Sesuai ditanam di halaman rumah untuk menghalau sejenis ulat berbentuk seakan-akan ulat beluncas.

Hapuskan Nyamuk Dan Serangga Perosak Dengan 6 Jenis Tanaman Ini 6

5. Cosmos cosdatus atau Ulam Raja
Merupakan musuh ketat kepada kupu-kupu. Bahaya kupu-kupu yang meninggalkan larva di bawah daun boleh melemahkan tanaman. Ulam Raja juga dapat menghalang serangan lipas di kediaman anda.

Hapuskan Nyamuk Dan Serangga Perosak Dengan 6 Jenis Tanaman Ini 7

6. Coriandrum sativum (Ketumbar)
Tumbuhan yang wajib ada di dapur. Ia bukan sahaja dapat menyedapkan makanan, ia juga dapat menghalau kumbang, afid dan hama yang disebut sebagai spider mite.

Hapuskan Nyamuk Dan Serangga Perosak Dengan 6 Jenis Tanaman Ini 8

Hapuskan Nyamuk Dan Serangga Perosak Dengan 6 Jenis Tanaman Ini 2

Source link