Artikel Terkini

Harga burger Big Mac gambarkan ringgit 59 peratus lebih rendah

Harga burger Big Mac gambarkan ringgit 59 peratus lebih rendah 1

Harga burger Big Mac gambarkan ringgit 59 peratus lebih rendah 2

Harga burger Big Mac gambarkan ringgit 59 peratus lebih rendah 3

JIKA anda peminat McDonald’s, salah satu produk popular mereka adalah burger Big Mac.

Tahukah anda, burger Big Mac di Malaysia adalah 59 peratus lebih murah berbanding di Amerika Syarikat (AS)?

Jika dibaca sekali imbas, ia nyata sesuatu yang menarik namun ia juga menggambarkan bahawa ringgit telah dinilai lebih rendah sebanyak 59 peratus berbanding kadar tukaran asing semasa.

Itu dapatan kajian oleh ‘Indeks Big Mac’ yang dikeluarkan majalah ekonomi terkemuka The Economist.

Apa itu Indeks Big Mac?

Dalam teori ekonomi, kesamarataan kuasa membeli merupakan satu konsep di mana nilai tukaran asing akan bergerak ke arah kesaksamaan dari semasa ke semasa.

Teori ini membuktikan sekumpulan barangan, dan dalam indeks ini adalah burger Big Mac, sepatutnya mempunyai kos yang hampir sama disetiap negara.

Pemilihan burger Big Mac adalah kerana harga sekumpulan barangan biasanya berbeza di setiap negara, justeru indeks ini memilih burger Big Mac untuk melakukan perbandingan mata wang.

Ia juga kerana Mcdonald’s mempunyai cawangan di 119 negara setakat Januari 2020.

Harga burger Big Mac jauh berbeza

Menurut Indeks Big Mac, harga burger Big Mac di AS pada Julai 2020 adalah AS$5.71 (RM24.3)  manakala di Malaysia ia dijual pada harga AS$2.34 (RM9.99).

Jika kita kira berdasarkan harga itu, kadar tukaran asing kita sepatutnya hanya pada 1.74, berbanding kadar tukaran semasa.

Setakat pembukaan pagi Selasa, ringgit didagang pada 4.2550/2600 berbanding dolar AS.

Berdasarkan Indeks Big Mac, bukan ringgit sahaja dinilai lebih rendah, sebaliknya nilai Baht (32.7 peratus), Dolar Singapura (25.8 peratus) dan Rupiah (59 peratus).

Apa maksudnya kepada ekonomi?

Menurut Penganalisis Pasaran FXTM Han Tan, indeks itu bukanlah pengukur tepat kepada nilai ringgit kerana beberapa faktor lain memainkan peranan antaranya unjuran ekonomi dan sentimen pasaran.

Tambahnya meskipun nilai ringgit yang lemah mampu menjadi faktor positif bagi dagangan Malaysia, namun pandemik COVID-19 menjejaskan permintaan global.

“Ringgit yang lemah mampu menjadikan eksport Malaysia lebih kompetitif di peringkat global namun malangnya kita saksikan permintaan global menyusut terutama pada suku kedua tahun ini.

Ia menyusut kerana penggantungan aktiviti ekonomi di seluruh dunia susulan pandemik COVID-19. Kerana itu angka eksport empat bulan pertama Malaysia menyusut,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.

Nilai ringgit yang rendah juga dikhuatiri membawa kepada kadar inflasi diimport yang lebih tinggi, namun bagi Han, kelemahan harga minyak mentah global menjadikan ekonomi kini berdepan deflasi.

“Apa yang kita saksikan kini adalah deflasi disebabkan harga minyak mentah yang rendah. Saya faham kebimbangan akan wujudnya inflasi diimport akibat kelemahan nilai ringgit, namun itu dijangka tidak berlaku tahun ini.

“Kita telah saksikan ringgit yang lebih stabil berbanding dolar sejak beberapa bulan ini, malah sejak beberapa minggu ini juga kita saksikan pemulihan nilai ringgit berbanding dolar namun masih sekitar 4.20,” ujarnya.

Han berkata, langkah dengan rangsangan ekonomi yang diperkenalkan kerajaan serta tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar faedah, pemulihan ekonomi dijangka mampu dicapai menjelang 2021 dan sekali gus menyokong nilai ringgit yang lebih kukuh.



Harga burger Big Mac gambarkan ringgit 59 peratus lebih rendah 2

Source link