Artikel Terkini

Harga Rumah Turun Kerana Covid-19? Realiti Atau Spekulasi?

Harga Rumah Turun Kerana Covid-19? Realiti Atau Spekulasi? 1

Harga Rumah Turun Kerana Covid-19? Realiti Atau Spekulasi? 2

Disember 2019 yang lalu, seluruh dunia kaget dengan penemuan wabak pandemik koronavirus 2019 atau dikenali sebagai Covid-19 yang bermula di bandar Wuhan yang terletak di Hubei, China.

Menjelang 11 Mac
2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akhirnya mengisytiharkan bahawa
COVID-19 sebagai pandemik.

Akhirnya pada 17 Mac 2020, Malaysia telah mencatatkan kes kematian pertama daripada pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pun bermula.

Semenjak itu, Covid-19 telah menjadi satu mimpi ngeri kepada semua industri dan tidak terbatas kepada industri pelancongan dan perhotelan sahaja.

Industri hartanah
antara yang paling teruk terjejas selepas berusaha bangkit daripada kemelut
hartanah yang melanda negara semenjak tahun 2015 lagi.

Baca : Lepas Habis Wabak COVID-19, Buat Ini Untuk Bangunkan Ekonomi Negara!

Ura-ura dari pakar hartanah yang tersebar luas di media sosial mahu pun di medium WhatsApp dan Telegram mengatakan harga rumah dijangka turun rentetan pandemik Covid-19 ini yang membunuh pertumbuhan ekonomi negara.

Ramai menjangkakan
sekiranya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus dilanjutkan untuk
beberapa bulan mendatang, harga rumah akan turun pada tahap maksimum.

Jangkaan dan ura –
ura ini sungguhpun terbukti secara teorikal, tetapi belum mampu dibuktikan
secara  data dan analisis.

Andai kata benarlah
harga rumah jatuh sekalipun, apakah puncanya? Berapakah jumlah penurunan harga
tersebut?

Adakah terdapat
impak negatif secara holistik dan kolektif sekiranya harga rumah turun?

Punca Harga Rumah Boleh Turun Kerana Covid-19

Harga Rumah Turun Kerana Covid-19? Realiti Atau Spekulasi? 3
Harga Rumah Turun Kerana Covid-19? Realiti Atau Spekulasi? 8

1. Spekulasi

Unjuran yang
dikhabarkan ramai pakar hartanah yang harga rumah akan turun selepas tempoh
moratorium berakhir September 2020 menyebabkan ramai pembeli menangguhkan
hasrat untuk membeli rumah buat masa ini.

Baca : Spekulasi Yang Menyebabkan Pasaran Saham Ketiga Terbesar Dunia Musnah Sekelip Mata

Hal ini kerana, ramai pembeli menjangkakan peratus harga rumah akan turun lebih tinggi sehingga 20%-30% selepas September 2020 dan ada yang sanggup melepaskan booking 10% yang telah dibayar sebelum PKPD lagi.

2. Pekerjaan

Data yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada 09 April yang lalu mendedahkan, 46.6% daripada 168,182 responden yang menyertai ‘Kajian Khas Kesan Coronavirus Terhadap Ekonomi & Individu’ telah kehilangan pekerjaan gara-gara Covid-19.

Ekoran daripada kehilangan punca rezeki, ramai pemilik rumah dilihat terpaksa menjual rumah mereka pada harga 15%-20% lebih rendah berbanding nilai pasaran semasa.

3. Pemaju Terdesak

Dalam situasi yang
mencabar ini, ramai syarikat dan organisasi terdesak untuk menjual produk dan
servis mereka.

Memandangkan industri hartanah antara industri yang terjejas ekoran pandemik Covid-19, pemaju hartanah hartanah dilihat akan mengambil langkah kiri.

Di sana dan di sini berlaku jualan murah secara besar-besaran dengan diskaun luar dari kebiasaan.

4. Tunai

Trend berbelanja di kalangan rakyat Malaysia telah mula berkurangan seawal Januari 2020 lagi. Dengan keadaan pandemik Covid-19 yang sedang menggila ini, rakyat Malaysia dilihat cenderung untuk menyimpan tunai dan kurang berbelanja.

Kebanyakan rakyat Malaysia juga akan menangguhkan hasrat untuk beli rumah sehingga ekonomi benar – benar stabil sungguhpun ianya dijangka mengambil masa 12-18 bulan.

Bank Negara
Malaysia telah mengambil langkah prokatif dengan menurunkan kadar OPR pada
akhir Januari yang lalu untuk menggalakkan aktiviti jual beli di kalangan
rakyat Malaysia.

5. Tempoh Moratorium Berakhir

Selepas tempoh
moratorium yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia tamat pada September 2020
ini, pemilik hartanah akan mula membayar pinjaman pembiayaan hartanah seperti
biasa.

Baca : Benarkah Harga Rumah Naik Setiap Dekad?

Untuk pemilik yang menghadapi masalah rumah kosong tanpa penyewa, hilang pekerjaan dan kurang tunai, mereka pasti akan mengambil langkah kurang popular dengan menjual mana-mana unit yang membebankan atau tidak mendatangkan keuntungan dalam pelaburan hartanah.

Kesan Harga Rumah Turun Kepada Ekonomi Negara

Harga Rumah Turun Kerana Covid-19? Realiti Atau Spekulasi? 4
Harga Rumah Turun Kerana Covid-19? Realiti Atau Spekulasi? 9

Harga rumah jatuh
seiring dengan kejatuhan unjuran ekonomi negara dan kekukuhan daya tahan
institusi kewangan turut akan berdepan cabaran.

Kesan terbesar dari
penurunan harga rumah adalah pendapatan pemilik hartanah berkurang sekaligus
menyebabkan wujud spekulasi negatif terhadap hartanah.

Baca : Buat Refinance Rumah Dengan Overdraf (OD), Apa Fungsi OD?

Besar kemungkinan
pemilik rumah akan membuat pinjaman untuk bayaran balik pinjaman.

Untuk pemilik rumah
yang mempunyai deposit tunai di KWSP, mereka cenderung untuk menggunakan dana
persaraan bagi menyelesaikan pinjaman pembiayaan hartanah.

Andai kata harga rumah jatuh sehingga 50%, bank akan hilang dana modal hampir RM58 bilion sekaligus mewujudkan lambakan kes Non-Performing Loan dan hartanah lelong.

Sebagai penutup, dalam keadaan semasa ini hanya boleh dimenangi oleh mereka yang mempunyai tunai dan bijak dalam merancang kewangan mereka untuk berhadapan dengan hari-hari gelap seperti ini.

Baca : Bank Mana Paling Perform Di Malaysia?

Dari satu sudut lain pula, ramai pemerhati hartanah melihat fenomena ini sebagai durian runtuh kerana peratus harga rumah turun seperti hari ini kali terakhir berlaku pada tahun 2009.

Baca : Punca Dan Penentu ‘Non-Performing Loan’ (NPL) Di Malaysia

Orang bijak akan mengambil peluang dari keadaan semasa ekonomi dan orang yang kurang bijak akan terus menyalahkan pasaran, kerajaan dan kluster kayangan.

Sumber Rujukan:

Harga Rumah Turun Kerana Covid-19? Realiti Atau Spekulasi? 5
Harga Rumah Turun Kerana Covid-19? Realiti Atau Spekulasi? 6

Harga Rumah Turun Kerana Covid-19? Realiti Atau Spekulasi? 2

Source link