Infotainment

Harith Iskander Mohon Maaf Persoal Peranan ATM

Harith Iskander Mohon Maaf Persoal Peranan ATM
Harith Iskander Mohon Maaf Persoal Peranan ATM 1

Disaat negara berdepan situasi genting apabila dilanda banjir, hangat diperkatakan mengenai perkongsian pelawak Harith Iskander dimana ada menyebut dia tidak melihat anggota ATM berada di kawasan yang terjejas seperti Shah Alam, Banting dan Hulu Langat.

Tampil memohon maaf kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengenai kenyataannya itu, Harith berkata status dimuat naiknya itu kurang jelas.

BACA: Harith Iskander Gembira Ambil Anjing Kudung Sebagai Anak Angkat

Harith Iskander Mohon Maaf Persoal Peranan ATM 2

“Minta maaf kalau ‘tweet’ saya menyinggung perasaan. Untuk penjelasan, waktu itu saya berada di ‘ground zero’ dengan bot sendiri dan sempat menyelamatkan 12 orang yang terperangkap.

“Bomba, polis, Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara) ada. Dengan ikhlas saya tanya mengenai ATM sebab pada waktu itu kekurangan anggota dan kenderaan,” katanya.

Kata Harith lagi, ketika itu dia bertanya mengenai fungsi anggota ATM kerana pada ketika itu bilangan pasukan keselamatan membantu mangsa banjir masih kurang.

“Melihat semula apa yang saya luahkan ketika itu mungkin kurang jelas sehingga menimbulkan salah faham. Apa yang saya maksudkan ialah saya tak nampak anggota tentera pada waktu itu dan tempat saya turun padang di empat lokasi saja.

“Penduduk dan anggota bomba yang saya jumpa di sana pun mengesahkan kepada kami yang ATM belum sampai lagi pada waktu itu. Saya tidak sekali pun bertanya kenapa ATM tidak terbabit langsung atau pun berkata mereka tidak bertugas langsung.

“Ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sebelum ini, saya sudah banyak bekerjasama dengan ATM dari segi sumbangan dan juga membantu mangsa banjir di Kelantan tahun lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Harith berkata dia tidak pernah berniat mengutuk ATM apatah lagi Allahyarham bapanya, Kolonel Musa Mohamed juga anggota ATM.

“Saya juga dibesarkan di Mindef (Kementerian Pertahanan). Dengan itu cuba fikirlah apa sebabnya saya hendak kutuk ATM?” katanya.


Harith Iskander Mohon Maaf Persoal Peranan ATM 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo