Artikel Terkini

Hati-Hati Dengan Jenayah Siber Yang Melibatkan Coronavirus

Hati-Hati Dengan Jenayah Siber Yang Melibatkan Coronavirus 1

Hati-Hati Dengan Jenayah Siber Yang Melibatkan Coronavirus 2

Sepanjang krisis wabak Covid-19 ini, memang tidak dapat dinafikan urusan harian kita kebanyakannya diambil alih oleh internet. Kita perlu melakukan banyak aktiviti secara maya seperti pembelajaran di sekolah dan kolej, kerja di pejabat dan sebagainya.

Walaupun sedang bersusah-payah menghadapi Coronavirus ini, ada pihak yang mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain. Banyak jenayah siber dilakukan seperti penyebaran berita palsu, scam dan phishing dilakukan dengan menggunakan nama “Covid-19”; semakin banyak dikesan bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Hati-Hati Dengan Jenayah Siber Yang Melibatkan Coronavirus 3
Sumber: Trend Micro

Mengikut statistik daripada Smart Protection Network, terdapat lebih daripada 900 ribu ancaman di internet termasuklah melalui emel, URL dan fail yang dihantar sepanjang Januari hingga Mac 2020. Menurut pakar teknologi, ini merupakan serangan terbesar setakat ini.

Untuk kes yang lebih serius, ada pihak yang membuat sebuah laman sesawang yang menyerupai sistem emel dalaman Wolrld Health Organisation (WHO). Tujuannya adalah untuk mencuri kata laluan staf agensi untuk mendapatkan maklumat berkaitan penawar atau vaksin untuk Coronavirus.

Di Malaysia pula, kes yang biasanya berlaku adalah penipuan pembelian secara online. Kerugian yang dialami bukannya dalam jumlah yang kecil. Ada yang rugi melebihi RM40 ribu ringgit kerana ditipu apabila hendak membeli topeng muka dalam kuantiti yang banyak secara online.

Mangsa dikatakan melihat iklan di Facebook menjual topeng muka. Disebabkan permintaan untuk topeng muka sangat tinggi pada masa sekarang, mereka memilih untuk membeli secara online. Ada juga kes di Sibu yang melibatkan ratusan ribu ringgit kerana membeli topeng muka juga.

Bukan itu sahaja, ada juga rakyat Malaysia yang terlibat dalam menyebarkan berita-berita palsu mengenai Covid-19 ini. Ada maklumat yang disebarkan melibatkan jumlah kematian yang tidak tepat, konspirasi vaksin dan juga video sup kelawar. Berita seperti ini akan mengundang keburukan dan ketidaktenteraman dalam masyarakat.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati ketika berada di internet. Kita yang sering menggunakan internet ini, merupakan sasaran utama jenayah siber. Kita juga perlu menjadi lebih bertanggungjawab untuk tidak menyebarkan informasi yang tidak benar di internet.

Kita boleh ditahan dan disiasat jika kita terbukti menyebarkan berita palsu berkenaan Covid-19.

Ditulis oleh Abang Yazree Hazwan. Penulis merupakan seorang. Eksekutif di sebuah syarikat penyelidikan pasaran di Malaysia. Mempunyai pengalaman dalam bidang insurans/reinsurans di syarikat reinsurans tempatan.

Hati-Hati Dengan Jenayah Siber Yang Melibatkan Coronavirus 4

Sumber Rujukan:

Hati-Hati Dengan Jenayah Siber Yang Melibatkan Coronavirus 5

Hati-Hati Dengan Jenayah Siber Yang Melibatkan Coronavirus 2

Source link