Berita

‘Hobi sukan berkuda, tak mahal pun!’ – Sarah Suhairi

'Hobi sukan berkuda, tak mahal pun!' - Sarah Suhairi 2

Kuala Lumpur: Juara Big Stage musim pertama, penyanyi Sarah Suhairi, 20, menafikan hobinya yang meminati sukan berkuda memerlukan perbelanjaan besar dan mahal.

Sarah berkata apa sahaja yang berkaitan hobi, pastinya membabitkan perbelanjaan kewangan tertentu, tapi tidaklah terlalu mahal sehingga membebankan sesiapa yang meminatinya.

“Sebenarnya, kalau cerita tentang hobi, apa-apa yang berkaitan dengannya (hobi) sama ada berbasikal ke, berenang atau bermain badminton pun, pasti ‘makan duit’. Namun, tidaklah begitu besar atau mahal, sampai akan membebankan kita.

“Setiap hobi memang ada sejumlah wang perlu disediakan, tetapi boleh sahaja ikut kemampuan kewangan kita sendiri. Tak perlu pun nak ikut orang lain.

“Begitu juga dengan hobi saya terhadap sukan berkuda ini, ia tidaklah terlalu mahal seperti didakwa segelintir orang, termasuk dilabel sebagai aktiviti untuk golongan kaya dan berada,” katanya kepada Harian Metro.

Ujar penyanyi lagu Pedih dan Bicara Rasa ini, dia sudah aktif dengan hobi sukan berkuda itu sejak enam tahun lalu dan sering menyertai pertandingan berkuda yang dianjurkan kelab berkaitan.

“Boleh kata, setiap bulan saya akan sertai pertandingan sukan berkuda dianjurkan. Saya sertai sebab minat dan mahu timba pengalaman. Lagi pun, menunggang kuda adalah terapi untuk diri saya.

“Walaupun penat juga sebenarnya sukan berkuda ini, tetapi ia menyeronokkan saya. Sejujurnya, apabila terbabit sukan berkuda, ia adalah ‘me time’ atau masa untuk diri saya sendiri, katanya.

Menurut Sarah, dia juga akan mengikuti latihan menunggang di tempat sewa kuda yang berpatutan dan sudah biasa dikunjungi pada setiap minggu. Katanya dahulu dia ada kuda sendiri, tetapi sudah dijual sekitar setahun lalu kerana tidak ada penjaga.

Sarah menjelaskan, kuda memerlukan penjagaan rapi seperti jadual makan yang teratur. Bagaimanapun, kesibukan dalam kerjaya seni membataskan masanya untuk menjaga kuda-kuda itu dan terpaksa dijual.

Mengulas pula kerjaya seninya, Sarah berkata dia baharu muncul dengan lagu duet berjudul Entah Apa, berganding dengan vokalis Drama Band,  Aepul Roza  serta mengacarakan program M Pop di TV3 sejak Oktober lalu.

'Hobi sukan berkuda, tak mahal pun!' - Sarah Suhairi 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo