Infotainment

Honor 50 Kini Rasmi Di Malaysia – Hadir Dengan GMS, Harga Bermula RM1699

Honor 50 Kini Rasmi Di Malaysia – Hadir Dengan GMS, Harga Bermula RM1699 1

Honor Malaysia hari ini akhirnya kembali menawarkan telefon pintar untuk pasaran tempatan selepas melalui perpisahan dengan Huawei, dan peranti pertama yang diperkenalkan untuk pasaran tempatan adalah Honor 50.

Honor 50 hadir dengan skrin 6.57″ daripada panel OLED dengan kadar segar semula 120Hz. Peranti ini dijana dengan Snapdragon 778G dan dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256 GB.

Honor 50 Kini Rasmi Di Malaysia – Hadir Dengan GMS, Harga Bermula RM1699

Konfigurasi kamera adalah kuad-lensa daripada sensor 108MP (utama) + 8MP (sudut ultra lebar) dan dua sensor 2MP untuk makro dan kedalaman. Kamera swafoto hanya ada satu sensor, iaitu 32MP. Kamera peranti ini memfokuskan penggunaan gaya hidup dan untuk pencipta kandungan dengan kemampuan Vlog, serta pelbagai templat video menarik. Untuk bateri, Honor memuatkan kapasiti 4300mAh dengan pengecasan pantas dihadkan kepada 66W.

Honor 50 Kini Rasmi Di Malaysia – Hadir Dengan GMS, Harga Bermula RM1699 3
Honor 50 Kini Rasmi Di Malaysia – Hadir Dengan GMS, Harga Bermula RM1699 4

Peranti hanya mempunyai pembesar suara mono, sokongan NFC, Bluetooth 5.2 dan menjalankan Magic UI 4.2 berasaskan Android 11. Lebih menarik peranti ini turut menyokong Google Mobile Services dan pengguna boleh menggunakan Play Store, Google Meet, Google Drive, Google Maps tanpa menggunakan GSpace.

MagicUI 4.2 masih mirip dengan EMUI dengan pelbagai ciri lebih kurang sama, seperti mencari peranti-peranti Honor lain, tambatan pantas dengan TWS Honor, atau juga menggunakan MagicLink untuk sambungkan dengan MagicBook. Untuk permua, sistem GPU Turbo X turut ditawarkan untuk pengoptimasian peranti agar prestasi lebih mantap.

Rekaan peranti dilihat mirip sedikit Huawei P50, di mana modul kamera di belakang ada dua bulatan yang jelas memuatkan semua sensor-sensor kamera.

Honor 50 Kini Rasmi Di Malaysia – Hadir Dengan GMS, Harga Bermula RM1699 5

Honor Malaysia menawarkan pilihan warna Honor Code yang mempunyai logo Honor berulang kali di belakang, Midnight Black yang hitam gelap, Frost Crystal yang berkilat dengan kemasan kusam, atau Emerald Green iaitu hijau dengan kesan pantulan cahaya yang cantik.

Dua variasi storan ditawarkan, iaitu Honor 50 dengan 6GB RAM dan 128GB storan, selain 8GB RAM dan 256GB storan. Versi 6GB RAM ditawarkan pada harga RM1699, sementara 8GB RAM pula pada harga RM1999. Bagi anda yang melakukan pra-tempahan, pihak Honor turut menyediakan beberapa hadiah khas untuk tempoh terhad.

Honor 50 Kini Rasmi Di Malaysia – Hadir Dengan GMS, Harga Bermula RM1699 6
Honor 50 Kini Rasmi Di Malaysia – Hadir Dengan GMS, Harga Bermula RM1699 10

Honor 50 Kini Rasmi Di Malaysia – Hadir Dengan GMS, Harga Bermula RM1699 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo