Infotainment

Huawei Watch 3 Dilancarkan – Jam Tangan Dengan Tombol Kawalan Berputar dan Pengesan Gula Dalam Darah

Huawei Watch 3 Dilancarkan – Jam Tangan Dengan Tombol Kawalan Berputar dan Pengesan Gula Dalam Darah

Huawei Watch 3 Dilancarkan – Jam Tangan Dengan Tombol Kawalan Berputar dan Pengesan Gula Dalam Darah 1

Produk pertama yang menggunakan versi terkini HarmonyOS ialah Huawei Watch 3. Jam tangan pintar ini mempunyai skrin 1.43″ AMOLED berbentuk bulat, butang kawalan berputar pada bahagian sisi dan sensor mengesan gula dalam darah. Keseluruhan tubuh pula diperbuat daripada aluminium gred industri aeronautik.

Huawei Watch 3 Dilancarkan – Jam Tangan Dengan Tombol Kawalan Berputar dan Pengesan Gula Dalam Darah
Huawei Watch 3 Dilancarkan – Jam Tangan Dengan Tombol Kawalan Berputar dan Pengesan Gula Dalam Darah 7

Spesifikasi lengkap tidak diumumkan lagi tetapi ia hadir dengan ciri standard seperti pengimbas nadi, GPS, mod mengesan nadi yang luar biasa, menjawab panggilan telefon, pemain muzik dan menjadi pengganti kunci kereta. Dengan sokongan eSIM, Hauwei Watch 3 boleh berfungsi secara kendiri tanpa memerlukan telefon pintar.

Jam tangan pintar ini turut boleh digunakan untuk mengawal kamera pada telefon pintar. Ciri tambahan lain yang menarik seperti yang kami katakan tadi ialah mengesan gula dalam darah. Ini menjadikan Watch 3 jam tangan pertama menyertakan ciri ini lebih awal dari Apple Watch.

Huawei Watch 3 Dilancarkan – Jam Tangan Dengan Tombol Kawalan Berputar dan Pengesan Gula Dalam Darah 3
Huawei Watch 3 Dilancarkan – Jam Tangan Dengan Tombol Kawalan Berputar dan Pengesan Gula Dalam Darah 8

Tambahan lagi terdapat ciri membaca suhu, ciri yang amat perlu ketika pandemik. Amaran untuk bergerak dan minum turut disertakan. Jam tangan pintar ini ditawarkan dengan tali diperbuat daripada seramik, kulit dan nylon untuk kegunaan pelbagai aktiviti. Dari segi bateri pula ia boleh bertahan sehingga 5 hari dalam mod pintar sepenuhnya dan sehingga 14 hari dalam mod jam tangan biasa.

Huawei Watch 3 Dilancarkan – Jam Tangan Dengan Tombol Kawalan Berputar dan Pengesan Gula Dalam Darah 4
Huawei Watch 3 Dilancarkan – Jam Tangan Dengan Tombol Kawalan Berputar dan Pengesan Gula Dalam Darah 9

Turut diumumkan ialah Huawei Watch 3 Pro dengan tubuh diperbuat daripada titanium dan panel kaca nilam yang lebih premium. Tali jam titanium dan kulit ditawarkan yang membuatkannya kelihatan lebih bergaya. Kesemua ciri yang wujud pada Watch 3 ditawarkan pada Watch 3 Pro tetapi kemampuan GPS yang lebih tepat adalah eksklusif pada Watch 3 Pro pada waktu ini. Kemampuan bateri pula adalah 7 hari dalam mod pintar dan sehingga 21 hari dalam mod jam tangan biasa.

Di China Huawei Watch 3 dijual pada harga RMB 2599 (~RM1679) manakala Huawei Watch 3 Pro pada harga RMB 3299 (~RM2132) seutas.

Huawei Watch 3 Dilancarkan – Jam Tangan Dengan Tombol Kawalan Berputar dan Pengesan Gula Dalam Darah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo