Infotainment

Ibu Dakwa Aiman Tino Dikongkong Kekasih?

Ibu Dakwa Aiman Tino Dikongkong Kekasih? 2

Tiada angin tiada ribut, perkongsian ibu kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil mengejutkan ramai apabila meluahkan rasa terkilan dengan sikap anaknya didakwa sudah berubah hingga mengabaikan kerjaya seni.

Menerusi satu perkongsian di Instagram itu, Hazelina mendakwa anaknya dikongkong oleh seorang wanita serta gagal dihubungi sehingga mengganggu semua urusan berkaitan kerjayanya sebagai penyanyi.

BACA: Ibu Aiman Tino Tukar Nama Anak Selepas Dengar Bisikan Misteri

Ibu Dakwa Aiman Tino Dikongkong Kekasih? 3

“Kalau dah tak mahu jadi artis, sila buat pengumuman dan jangan susahkan kami. Macam itulah kalau dah dikongkong. Panggilan tak angkat, wartawan dan stesen televisyen turut mencari. Harap maklum pada yang berkenaan,” tulisnya.

Meskipun tidak menyebut nama namun status tersebut dipercayai ditujukan kepada Aiman. Malah, perkongsian itu turut mendapat tanda suka daripada akaun rasmi milik Aiman.

Dalam pada itu, menerusi Insta Story Hazeline turut memuat naik status memberi amaran kepada seorang wanita dikenali sebagai Fara dikatakan kekasih Aiman.

Ibu Dakwa Aiman Tino Dikongkong Kekasih? 4

Terdahulu, pada 5 Januari lalu, Hazelina ada memuat naik foto Aiman serta meluahkan rasa rindu dan sayang terhadap anak lelakinya itu. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada kenyataan lanjut daripada Aiman berhubung dakwaan ibunya itu.



Ibu Dakwa Aiman Tino Dikongkong Kekasih? 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo