Artikel Terkini

Ibu tunggal, lima anak nyaris maut akibat tanah runtuh

Ibu tunggal, lima anak nyaris maut akibat tanah runtuh
Ibu tunggal, lima anak nyaris maut akibat tanah runtuh 1

RAUB – Seorang ibu tunggal bersama lima anaknya nyaris maut apabila rumah mereka ditimpa tanah runtuh berikutan hujan lebat di Kampung Pamah Rawas di sini, awal pagi ini.

Kejadian yang menyebabkan rumah mangsa mengelungsur dibawa tanah berlaku ketika mangsa Azizah Muda, 70, bersama lima anaknya sedang nyenyak tidur.

Azizah berkata, kejadian itu amat mengejutkan kerana ia baru pertama kali berlaku sejak puluhan tahun mereka tinggal di situ yang merupakan kawasan kaki bukit.

“Sebelum kejadian ini, hujan turun dengan lebat dan saya tidak mengesyaki apa-apa kejadian, kelazimannya cuma air dari kawasan tinggi mengalir turun menenuhi kawasan rumah.

“Kira-kira pukul 2 pagi, saya terkejut daripada tidur apabila terdengar bunyi hentakan yang kuat dan mendapati timbunan tanah menghempap ke bahagian dinding rumah.

“Dengan tidak semena-mena rumahnya mula menggelungsur perlahan-lahan ke bawah serta hampir roboh dan dia bergegas mengejutkan ahli keluarganya supaya segera keluar,”katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Azizah berharap kerajaan negeri dapat membantu membaik pulih atau membina rumah bagi mereka memulakan kehidupan baru.

“Sekiranya masih tinggal di kawasan ini kemungkinan bencana sama akan berlaku dan paling membimbangkan ancaman terhadap keselamatan nyawa,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Fadzli Mohamad Kamal yang melawat tempat kejadian memberi jaminan akan membantu kebajikan mangsa.

“Saya akan memaklumkan hal ini kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail untuk sebarang bentuk bantuan yang sesuai untuk warga emas ini supaya dia dapat hidup selesa selepas ini.

“Kerajaan negeri dengan kerjasama agensi kerajaan serta Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terus memantau kebajikan warga emas berkenaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE


Ibu tunggal, lima anak nyaris maut akibat tanah runtuh 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo