Infotainment

Idam Anak Perempuan, Izreen Azminda Mengaku Hamil Lagi, Tak Boleh Bau Minyak Masak

Idam Anak Perempuan, Izreen Azminda Mengaku Hamil Lagi, Tak Boleh Bau Minyak Masak

Idam Anak Perempuan, Izreen Azminda Mengaku Hamil Lagi, Tak Boleh Bau Minyak Masak 1

Jika sebelum ini desas-desus mengenai Izreen Azminda yang didakwa hamil anak kedua, terbaru pelakon wanita itu sendiri telah tampil mengesahkan dia kini sedang hamil anak ketiga dan usia kandungannya sudah mencecah empat bulan.

Menurut Izreen, atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam,36, dia hanya menyedari dirinya sedang berbadan dua ketika kandungan memasuki bulan ke dua.

Dia dalam pada itu turut berkongsi pengalamannya kali ini iaitu alahan yang agak teruk seperti tidak boleh bau minyak masak dan juga tidak mahu menjadi penumpang dalam kereta selain memandu sendiri.

Izreen juga menjelaskan bahawa dia sangat aktif mengemas dan menghias rumah agar sentiasa tampak kemas dan bersih.

Sudah memiliki dua orang anak lelaki, Izreen berkata bahawa dia ada mengimpikan untuk dikurniakan cahaya mata perempuan namun hanya berserah dengan rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T.

“Saya tidak mengharapkan apa-apa, yang penting biarlah anak itu nanti sihat dan selamat dilahirkan. Saya tak mahu terlalu berharap (untuk dapat anak perempuan) takut nanti saya akan kecewa, jadi saya hanya berserah sahaja pada rezeki Allah beri.”

Terdahulu, Izreen telah mendirikan rumah tangga bersama pemuzik terkenal, Ude Wahid pada 8 Ogos 2017 secara rahsia dalam sebuah majlis tertutup di Damansara, Selangor.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun. Izreen juga mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinannya yang terdahulu iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 8 tahun.

Manakala Ude juga mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinannya bersama bekas isteri, Intan Liana iaitu Arish Muqri,5, dan Ariq Muqri, 3 tahun.



Idam Anak Perempuan, Izreen Azminda Mengaku Hamil Lagi, Tak Boleh Bau Minyak Masak 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo