Infotainment

IG Live Boost Harris Annuar Betul Padu Ah! Anda Wajib Tengok Sesi Mingguan Daphne Iking Pula

IG Live Boost Harris Annuar Betul Padu Ah! Anda Wajib Tengok Sesi Mingguan Daphne Iking Pula 2

Hey wasup gais! (Baca nada Khairulaming tau) Amacam Ramadan anda tahun ni. Moga baik-baik saja yer. Alang-alang dah sebut pasal Ramadan ni, kami nak kongsi lah dengan anda tentang kempen ‘Bersama Berkongsi Berkat’ dari Boost ni. Mesti anda dah kenal sangat dengan aplikasi e-wallet Boost ni kan?

IG Live Boost Harris Annuar Betul Padu Ah! Anda Wajib Tengok Sesi Mingguan Daphne Iking Pula 3

Kalau anda nak tahu, bersempena dengan kempen tersebut pada bulan Ramadan ini, Boost ini telah menganjurkan IG Live bertajuk ‘Boost Berkongsi Live’ dengan Harris Annuar dan Daphne Iking melalui IG Live pada setiap hari Ahad!

Macam mana tu? Meh teman kabo kan…Dalam Live IG tu nanti akan menampilkan pelbagai segmen yang berbeza setiap minggu. Antaranya seperti menyokong pelbagai pilihan makanan lokal, membayar zakat dan memberikan sumbangan menggunakan aplikasi, pilihan baju raya dan juga barang-barang untuk persiapan raya.

Dan apa yang paling ohsem, ada sesuatu untuk anda sekiranya anda sentiasa tune-in di Live IG tersebut. Haa…amacam? Menarik kan?

IG Live Boost Harris Annuar Betul Padu Ah! Anda Wajib Tengok Sesi Mingguan Daphne Iking Pula 4

Harris dan Daphne akan berkongsi dengan anda bagaimana anda dapat jadikan Ramadan dan persiapan Raya anda lebih bermakna dan istimewa! Sambil-sambil #KitaBoostKita dan #KitaJagaKita sepanjang wabak COVID-19 ini.

Tapi sayang betul, anda dah terlepas dua sesi IG Live dari Harris ni. Banyak perkara yang dibincangkan tau. Antaranya beberapa perkara yang anda boleh lakukan terutamanya tentang membuat pembayaran tanpa sentuhan (cashless) dengan menggunakan Boost.

Takpe, anda baca jer kat bawah ni okay!

Sapot Lokal Untuk #KitaBoostKita

Macam yang anda tahu lah, siapa jer tak terkesan dengan wabak pembunuh ini kan? Jadi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyokong bisnes lokal, terutamanya bisnes kecil-kecilan tu. Ye lah, perkara ini walaupun nampak macam kecil tapi sebenarnya dapat bantu diorang tau.

IG Live Boost Harris Annuar Betul Padu Ah! Anda Wajib Tengok Sesi Mingguan Daphne Iking Pula 5

Boleh lah mereka-mereka ini yakin dan dapat bertahan walaupun dengan berniaga online. Semasa IG Live tu, Harris ada juga bercakap dengan 3 peniaga kecil, yang juga Boost Merchant yang mana mereka ni berkongsi tentang bisnes mereka dan bagaimana Boost dapat membantu mereka dengan penggunaan tanpa tunai dan tanpa sentuhan.

1. Milkbar (@milkbar.my)

Mereka menjual produk susu tempatan.

2. RUNCHIT (@runchit.kl)

Diorang ni bermula semasa PKP 1.0 lagi. Katanya sebagai platform untuk membantu rakan dan famili yang kehilangan kerja semasa pandemik berlaku. Jadi mereka ini memulakan bisnes F&B baharu untuk teruskan hidup. Mereka hanya menjual 100% produk lokal sahaja.

3. Azhar Food Supplies (@kerepek_azharfood)

Mereka ini membuat kerepek dari ubi kayu. Kalau anda nak tahu, mereka adalah salah satu pelopor vendor kerepek di Johor tau. Dulu mula hanya kecil-kecilan jer, tapi sekarang Alhamdulilah dah dikenali ramai dan berjaya dalam industri!

Sebenarnya, kalau anda membelanjakan RM10 untuk Boost Merchant, anda boleh membantu mereka. Bukan sahaja kita tolong dengan beli barang, Boost akan top up lagi dengan hadiah hebat dan wang tunai untuk diorang. Jadi jom support mereka #KitaBoostKita! Inilah cara kita boleh bantu peniaga ni.

Dan kalau anda ada bisnes sendiri dan berminat nak sign up Boost, jangan tunggu lama-lama, terus jer KLIK LINK INI. Banyak manfaat anda akan dapat nanti.

Sokongan Secara Digitalisasi dan Pembiayaan Untuk Peniaga

Semasa sesi Live pertamanya, Harris ada juga membincangkan dengan peniaga bagaimana Boost sebenarnya turut menyokong peniaga Lokal dengan cara mereka sendiri.

Mereka boleh memohon pembiayaan mikro kos rendah sehingga RM20,000 setiap MSME untuk tempoh 18 bulan, faedah-percuma tanpa pembayaran balik selama enam (6) bulan pertama.

Apabila pembayaran bermula pada bulan ke-7 dan seterusnya, MSME dapat menikmati kadar faedah rendah hanya 0.5% setiap bulan.

Peniaga juga boleh memohon Geran Digitalisasi SME dengan Boost yang bekerjasama dengan Celcom. Geran ini dapat membantu bisnes secara digital dan juga beralih dari luar talian ke dalam talian dengan cara yang mudah dan bebas.

Untuk info anda, akan ada kit pemula bagi bisnes digital ini yang merangkumi alat pemasaran digital untuk memberi lebih banyak perhatian tentang bisnes anda dan juga meningkatkan traffic yang mana dengan Boost dapat mengakses hampir 9 juta pengguna. Betul padu!

Permohonan geran ini dibuka sehingga akhir bulan Jun 2021. Jadi kepada peniaga yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh jer melayari LINK INI.

Bayar Zakat Fitrah Guna Boost Jer

IG Live Boost Harris Annuar Betul Padu Ah! Anda Wajib Tengok Sesi Mingguan Daphne Iking Pula 6

Harris pun ada share juga tentang mudahnya anda boleh bayar Zakat Fitrah menggunakan Boost. Anda hanya perlu masukkan nombor IC, nama dan juga nombor telefon anda. Mudah je kan?

Aplikasi ‘Zakat’ yang ada dalam Boost ini juga automatik akan mengira berapa jumlah Zakat yang anda perlu bayar dengan hanya masukkan jumlah orang yang diperlukan untuk bayar sahaja.

IG Live Boost Harris Annuar Betul Padu Ah! Anda Wajib Tengok Sesi Mingguan Daphne Iking Pula 7

Dan sebenarnya, cara ini juga dapat memudahkan mak dan ayah anda serta famili anda untuk menunaikan kewajipan mereka. Mudah sangat gais!

1. Lembaga Zakat Selangor (LZS)
2. Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)
3. Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)
4. Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
5. Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (PBMaINS)
6. Pusat Pungutan Zakat- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)

Anda jangan risau, bila bayar zakat secara online ni kalau tak ada ‘Lafaz Akad’ pun tetap sah.

Dan untuk pengetahuan anda, lafaz zakat ni sunat, bukan sesuatu yang wajib dan kalau kita tidak melafazkannya, zakat fidyah yang dibayar tetap sah mengikut undang-undang Islam.

#DoGoodwithBoost

Sejak Oktober 2017, setiap tahun, dah menjadi tradisi Boost memasukkan elemen khas ke dalam aplikasinya untuk terus membantu masyarakat kita dalam beberapa segmen yang berlainan. Segmen ini juga adalah untuk membantu mereka yang memerlukan terutamanya pada musim perayaan.

Kalau anda nak tahu, NGO dan organisasi amal telah menghadapi kesulitan sejak wabak pandemik ini melanda. Jadi dalam sesi Live keduanya, Harris ada bercakap dengan 6 organisasi amal yang berbeza yang mana kita semua dapat menyumbang dengan menggunakan fungsi Boost dalam aplikasi ‘Donation’.

IG Live Boost Harris Annuar Betul Padu Ah! Anda Wajib Tengok Sesi Mingguan Daphne Iking Pula 8

Semua e-sumbangan melalui Boost terus ke badan amal tau. Berapa amaun pun takpe gais, asalkan anda mahu menyumbang dan dapat membantu mereka yang memerlukan.

Kat sini anda boleh tengok senarai NGO dan Badan Amal Kebajikan yang ada dalam Boost.

1. Surau An Nur Fasa 2 – (@surau_annur_f2_bss)
2. Sadaqa House by Bank Islam Malaysia Berhad (@sadaqa_house)
3. Dana Wakaf Al-Mursyidin UPSI (@wezas_upsi)
4. Pusat Jagaan Maju Jaya (@pjmj_ipoh)
5. Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur (@bsmmkl.official)
6. Persatuan Kebajikan Anak-Anak Istimewa Selangor (Orkids) (@orkids_school)

IG Live Boost Harris Annuar Betul Padu Ah! Anda Wajib Tengok Sesi Mingguan Daphne Iking Pula 9

IG Live Boost Harris Annuar Betul Padu Ah! Anda Wajib Tengok Sesi Mingguan Daphne Iking Pula 10

IG Live Boost Harris Annuar Betul Padu Ah! Anda Wajib Tengok Sesi Mingguan Daphne Iking Pula 11

IG Live Boost Harris Annuar Betul Padu Ah! Anda Wajib Tengok Sesi Mingguan Daphne Iking Pula 12

Anda tahu tak yang anda boleh menyumbang menggunakan fungsi ‘Charity’ dalam aplikasi Boost untuk mana-mana NGO yang anda nak. List NGO yang kami senaraikan ini merangkumi kanak-kanak, warga tua dan masyarakat kurang bernasib baik, persekitaran, kesihatan, pendidikan, bantuan kemanusiaan dan banyak lagi.

Jadi, anda boleh jer teruskan menyumbang okay, dengan seikhlas hati!

Kalau anda nak tahu lagi apa yang Harris cakapkan dalam sesi IG Live Boost tu, follow dia tau! @harrisannuar.

Jangan Ketinggalan IG Live Dengan Daphne Iking Pula!

Gais, kalau nak Ramadan dan raya anda lebih bermakna, jangan lupa untuk tonton 2 sesi IG Live ‘Boost Berkongsi Bersama Daphne’ di (@daphneiking) setiap Ahad jam 11 pagi tau!

IG Live Boost Harris Annuar Betul Padu Ah! Anda Wajib Tengok Sesi Mingguan Daphne Iking Pula 13

Untuk minggu ni, 25 April pada jam 11 pagi, Daphne akan berkongsi tips fesyen Baju Raya dia sendiri dan bercakap dengan beberapa butik fesyen tempatan yang juga merupakan peniaga-peniaga Boost supaya kita semua boleh sapot lokal untuk mereka beraya tahun ini.

Jangan terlepas gais Ahad ini!

Untuk hari Ahad minggu berikutnya, 2 Mei pada jam 2 petang, Daphne akan membincangkan tipsnya sendiri untuk persiapan Raya pada saat-saat terakhir.

Dan yang paling ditunggu-tunggu adalah anda boleh menang hadiah tau kalau anda tonton IG Live tu nanti!

Menangi Hadiah Kalau Anda Tune In di IG Live Daphne!

10 pengguna bertuah akan berpeluang memenangi kredit e-wallet Boost RM50 dan 10 lagi akan menang 1,000 Boost Coins. Dengan Boost Coins tu, anda boleh gunakan untuk menebus item menarik dari Katalog Boost Ramadan.

IG Live Boost Harris Annuar Betul Padu Ah! Anda Wajib Tengok Sesi Mingguan Daphne Iking Pula 14

Dan untuk penyertaan dalam BoostUP Pick & Win pula, anda boleh membuat pertukaran dengan Partner Wallet untuk pulangan tunai dompet untuk bil, makanan atau petrol.

IG Live Boost Harris Annuar Betul Padu Ah! Anda Wajib Tengok Sesi Mingguan Daphne Iking Pula 15

IG Live Boost Harris Annuar Betul Padu Ah! Anda Wajib Tengok Sesi Mingguan Daphne Iking Pula 16

Bonus Untuk Pengguna Boost Kali Pertama

Sebagai sebahagian daripada perayaan Raya tahun ini, Boost juga memulakan program baru di mana anda mendapat sehingga RM300 eDuit Raya dari Boost apabila rakan anda install Boost dan memasukkan kod rujukan anda.

Sebagai bonus tambahan, akan datang, Boost juga akan memberikan penghargaan kepada semua pengguna yang baru kali pertama dengan Boost sebagai welcome pack.

Apabila pengguna baru menambah RM20 ke e-dompet Boost mereka melalui online banking, mereka akan menerima RM20 ringgit untuk dibelanjakan. Jangan tak tahu, dalam e-dompet Boost ni anda boleh boleh guna untuk bayar macam-macam tau seperti bil, topup kredit, beli kredit Mobile Legends dan macam-macam lagi. Fuh, senang-senang jer gais.

Pada anda yang tak ada Boost lagi tu, dah boleh install kalau nak dapat bonus dari Boost! Kalau dah jadi pengguna Boost, anda hanya share invite code pada kawan-kawan anda tu. Bila kawan-kawan dah daftar dan gunakan Boost, boleh dapat duit raya sehingga RM300. Padu weh! So apa lagi gaissss..Let’s install Boost sekarang!



IG Live Boost Harris Annuar Betul Padu Ah! Anda Wajib Tengok Sesi Mingguan Daphne Iking Pula 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo