Artikel Terkini

Ijazah ini hadiah buat ibu, ayah – Arja Lee

Ijazah ini hadiah buat ibu, ayah – Arja Lee
Ijazah ini hadiah buat ibu, ayah - Arja Lee 1

TANJUNG MALIM – Pelakon, Arja Lee menganggap kejayaannya memperoleh ijazah sarjana di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini sebagai hadiah buat kedua-dua arwah ibu bapanya, Ramli Uteh dan Salmah Aziz.

Pemilik nama sebenar Azharudin Ramli, 39, itu berkata, dia menerima Ijazah Sarjana Pengajian Persembahan di bawah Fakulti Muzik dan Seni Persembahan ( FMSP) dengan tesis bertajuk Mari Bermain Congkak: Suatu Aktiviti Didik Hibur Di Arja Art Academy.

“Saya reda dengan ketentuan Tuhan kerana sepatutnya kedua-dua arwah ada bersama saya ketika meraikan kejayaan, namun saya tetap bersyukur kerana hari ini ditemani oleh ahli keluarga yang lain,” katanya ketika ditemui di UPSI di sini hari ini.

Dia merupakan antara graduan pada sesi pertama Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke-24 UPSI di Kampus Sultan Azlan Shah hari ini, dengan ijazahnya disampaikan oleh Raja Permaisuri Perak yang juga Canselor, Tuanku Zara Salim.

Pada masa sama, Arja berkata, dia gembira kerana pengorbanan selama dua tahun menyambung pengajian berbaloi walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon dan pengacara serta baru setahun bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

“Kejayaan saya memberi mesej yang jelas bahawa golongan selebiriti pun sebenarnya mampu berjaya dalam pendidikan dan boleh menjadi contoh dalam masyarakat,” katanya.

Katanya, walaupun ketika ini bermastautin di Kota Bharu, Kelantan, namun ketika menyambung pelajaran di UPSI, dia menetap di Kuala Lumpur dia terpaksa berulang alik ke universiti itu kira-kira enam kali seminggu bagi menjayakan pengajiannya.

Menurutnya, semua perbelanjaan dan kos menyambung pengajiannya ditanggung sendiri dan tidak ditaja oleh mana-mana pihak.

“Saya gembira kerana ada yang menjadikan saya sebagai contoh dan berharap mampu menjadi ikutan dan dorongan kepada golongan muda atau rakan seperjuangan untuk menyambung pengajian di UPSI,” katanya.

“Saya berterima kasih kepada UPSI, malah saya mencipta tanda pagar @arjaandhismasterjourney kerana melihat ia satu dorongan dan satu imbuhan untuk anak-anak muda supaya menyambung pengajian di UPSI kerana universiti itu memiliki pakar bidang serta kemudahan yang kondusif,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, seramai 586 graduan menerima ijazah masing-masing bagi sesi pertama majlis graduasi iaitu doktor falsafah seramai 123 graduan, ijazah sarjana (191) dan ijazah sarjana muda seramai 272 graduan.

“Pada konvokesyen kali ini menyaksikan seramai 6,067 graduan bakal menerima ijazah dan diploma masing-masing sehingga sesi ketujuh yang berakhir pada 9 Disember ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Ijazah ini hadiah buat ibu, ayah - Arja Lee 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo