Artikel Terkini

Ikan sisik mega buruan kaki pancing

Ikan sisik mega buruan kaki pancing
Ikan sisik mega buruan kaki pancing 1

SERONOK berjumpa rakan baharu hampir setiap hari, lebih-lebih lagi yang memiliki minat sama membuatkan seorang pemuda di Pasir Gudang, Johor terus jatuh cinta dengan pekerjaannya sebagai tekong muara.

Ekoran kehilangan kerja tatkala negara ‘diancam’ penularan pandemik Covid-19 kira-kira dua tahun lalu, Muhd. Syafiq Abd. Kadir, 32, memerah idea untuk menjadikan hobi sebagai ‘medan’ mendapatkan pendapatan tetap.

Ujar pemuda itu, sebelum Covid-19, dia bekerja sebagai pegawai kualiti kontrol (QC) di sebuah kilang di Tampoi, Johor Bahru.

“Semasa Covid-19 melanda, syarikat terpaksa kecilkan jumlah kakitangan bagi mengurangkan kos. Jadi, saya antara salah seorang yang terpaksa akur dengan keputusan itu.

“Fikir punya fikir timbul idea untuk jadi tekong muara dengan membawa kaki pancing atau pelancong melakukan hobi mereka. Kebetulan saya juga suka memancing,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Muhd. Syafiq, kebanyakan pelanggan atau pelancong yang menempah trip memancing rata-ratanya mahu mencari spesies ikan sisik bersaiz besar.

Katanya, permintaan bagi menduga ikan spesies siakap, jenahak, merah serta kerapu amat tinggi kerana isinya sangat enak serta mampu memikat selera apabila dimasak.

Tambahnya, antara lokasi yang menjadi tumpuan adalah di sekitar Johor Lama, Belungkor dan Pengelih.

Dia memaklumkan, ada pelanggannya pernah menaikkan kerapu bersaiz jumbo seberat 10 kilogram (kg).

“Ikan sisik mendapat permintaan yang tinggi selama saya berkecimpung dalam dunia ini. Hampir 90 peratus spot saya semua ikan sisik.

“Lokasi memancing bergantung kepada air dan cuaca. Saya tidak boleh sembarangan ke tempat memancing kerana ia akan membuang masa sekiranya air keruh dan sejuk,” katanya.

Ikan sisik mega buruan kaki pancing 2
Muhd. Syafiq menunjukkan ikan siakap seberat 9 kilogram yang berjaya dipancing oleh pelanggannya.

Ikan bersisik biasanya berada pada kedalaman air tidak lebih 20 hingga 35 meter ke bawah. Ikan berkenaan banyak mendiami dasar muara, kuala, sungai.

“Saya punya slogan trip memancing adalah ‘sisik hunter trip charter’. Trip ini untuk mencari ikan sisik sahaja. Antara ikan yang banyak diperoleh adalah siakap, jenahak, kakap merah, tebal pipi, kerapu ikan merah dan ikan kaci.

“Biasanya, mereka yang mencari ikan-ikan ini bukan saja pemancing tetapi food hunter. Ikan ini dijual pada harga tinggi antara RM55 hingga RM70 sekilogram,” katanya.

Muhd. Syafiq berkata, dia tidak menafikan ikan sisik merupakan spesies yang sukar untuk dicari, namun jika kena tekniknya ia mudah untuk dinaikkan.

Katanya, terdapat dua teknik yang digunakan untuk menjinakkan ikan sisik iaitu bottom dan layang.

“Memancing ikan sisik, tali, mata kail, mesin dan rod semua mainkan peranan. Jika mahu hendap ikan ini perlu ada senjata yang kental.

“Bagi teknik bottom, kami gunakan batu lima atau enam dengan berat lebih kurang 20 hingga 30 gram. Mata kail bersaiz 2/0 atau 1/0 dengan menggunakan umpan ikan tamban hidup.

“Bagi teknik layang pula, umpan tidak berada dekat dasar. Sebaliknya, hanya guna batu kecil, tamban hidup dan mata kail bersaiz 4/0 atau 5/0.

“Menerusi teknik ini dianggarkan 95 peratus ikan akan makan umpan. Inilah kaedah yang saya gunakan sepanjang menjadi tekong muara,” katanya.

Ceritanya, setiap trip, dia akan membawa dua atau tiga pemancing bermula pukul 8 pagi hingga pukul 6 petang menggunakan bot kecil dengan bayaran antara RM480 hingga RM550.

Katanya, pengalaman sebagai tekong muara turut dikongsikan dalam akaun Facebook sebagai salah satu strategi pemasaran untuk menarik kaki pancing menyertai trip.

“Jika saya keluar pagi paling lewat maghrib baru pulang. Tengok pada keadaan juga, kadangkala pagi, tengah hari ikan tidak makan, kemudian petang baru ikan makan umpan.

“Lebih-lebih lagi pada waktu petang ketika hendak masuk ke maghrib. Walaupun ikan makan tidak berhenti ketika itu, kami kena berhenti kerana di atas bumi ini ada ‘makhluk’ lain juga.

“Selalunya, saya beritahu pemancing masa sudah tamat. Rezeki setakat ini saja dan kita harus pulang. Biasanya, saya akan peka dengan situasi ini demi kebaikan semua,” katanya.

Ulasnya lagi, sekiranya menggunakan teknik full casting untuk menghendap siakap, mereka pernah pulang seawal pukul 2 petang.

Katanya, ia selepas para pelanggan berpuas hati dengan hasil diperolehi di samping umpan sudah habis.

Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej memancing ditawarkan oleh Muhd. Syafiq, anda boleh dapatkan menerusi akaun Facebook miliknya, Si Apit Kanan.


Ikan sisik mega buruan kaki pancing 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo