Infotainment

Ikuti Cabaran Yang Dilalui Kapten AirAsia Ini Sepanjang ‘Terbang’ Ke Industri F&B

Ikuti Cabaran Yang Dilalui Kapten AirAsia Ini Sepanjang 'Terbang' Ke Industri F&B 1

Ikuti Cabaran Yang Dilalui Kapten AirAsia Ini Sepanjang 'Terbang' Ke Industri F&B 2

Tahun yang dijangka penuh dengan inovasi nampaknya berubah menjadi sesuatu yang buruk kepada orang ramai berikutan pandemik COVID-19. Wabak yang menyerang bukan sahaja kesihatan turut membuatkan ekonomi syarikat serta sejumlah besar negara lumpuh berikutan penyebarannya yang pantas.

Dalam pada itu, di sebalik ujian yang menimpa khususnya kepada syarikat penerbangan, AirAsia nampaknya tidak menunggu lama dalam meluaskan jaringan restoran mereka iaitu Santan menerusi kerjasama bersama AirAsia AllStars terdiri Kapten Lee Chin Hooi, Kapten Fredrick Jeremy, Kapten Azrul Hakim, Kapten Mohamed Shafiran dan Kapten Syamim Shahabuddin.

Kegagalan untuk terbang ke negara luar akibat pandemik yang melanda telah mendorong mereka-mereka ini untuk menceburi sesuatu yang baharu dalam hidup mereka bagi melangsungkan kehidupan dengan bekerjasama bersama AirAsia dengan menceburi bidang perniagaan francais dalam industri makanan dan minuman (F&B) bersama Santan.

Peluang emas

ABE3340B-275A-4D38-8C57-E44E6B4F690A

Kapten Fredrick Jeremy. Sumber: AirAsia Newsroom

Sedar dengan keadaan semasa di mana industri penerbangan memerlukan tempoh yang panjang sebelum pulih sepenuhnya, Kapten Fredrick Jeremy nampaknya memilih untuk membuka francais bersama Santan sebagai langkah awal untuk menceburi diri di dalam industri F&B.

Menurut barisan kapten yang bersama membuka restoran dan francais Santan,  menceburi industri berbeza bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi mereka semua bersetuju bahawa Santan memberikan sokongan dan bimbingan berterusan, seperti mencari lokasi yang tepat dan membekalkan kakitangan bagi mereka yang tiada pengalaman dalam perniagaan industri F&B.

Sediakan payung sebelum hujan

A62740AF-5BC1-419F-B651-4C30FEEBE8B3

Kapten Azrul Hakim dan rakan perniagaannya bersama Catherine Goh, Pengurus Besar Santan di cawangan Santan AEON Shah Alam. Sumber: AirAsia Newsroom

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Meskipun melangkah ke industri F&B dalam keadaan semasa semakin mencabar, ahli perniagaan berpengalaman, Kapten Azrul Hakim yakin memulakan Santan merupakan pilihan yang tepat.

Beliau turut berkongsi di mana kaji selidik sesuatu perniagaan adalah sangat penting sebelum memulakan sebarang perniagaan, seperti mengadakan perbincangan dan pemerhatian dengan para pemain industri serta maklum balas daripada ahli keluarga dan rakan-rakan kerana mereka adalah bakal pelanggan anda.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

2F853C3F-AFE2-410E-8702-DA60A113B2D4

Walaupun juruterbang dilatih untuk kekal tenang dalam apa jua situasi, tetapi menceburkan diri di dalam industri yang amat berbeza boleh menimbulkan kegelisahan.

Kapten Lee Chin Hooi berkata bahawa selain tidak memiliki sebarang pengalaman dalam industri F&B, tanggungjawab terhadap kakitangan terutamanya dari segi kesejahteraan dan keselamatan kewangan mereka dalam pandemik ini adalah antara cabaran utama yang dihadapi.

Namun, dengan bantuan langkah demi langkah yang diberikan oleh Santan serta sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan, beliau yakin dan bersedia untuk membuktikan kemampuan dalam perniagaan ini.

Dengan pengembangan yang pesat melalui francais, Santan menyediakan ratusan peluang pekerjaan dan dengan semangat Allstars mereka, Kapten Azrul Hakim dan Kapten Fredrick Jeremy telah mengambil semula Allstars yang tidak lagi bersama syarikat penerbangan tersebut untuk menjadi sebahagian daripada pasukan mereka.

Senarai francais Santan yang akan dibuka di Lembah Klang:

2E2C5BB5-5BC2-4A01-9B69-FDD91132F630

Setakat November sahaja, sebanyak empat restoran dan francais sedia dibuka sekitar Lembah Klang diikuti dengan tiga lagi francais pada Disember ini. Pihak AirAsia turut mengalu-alukan para usahawan yang berminat untuk menceburi perniagaan francais dan mengendalikan restoran Santan dengan mengbungi mereka dengan klik di sini.

Mulai dibuka pada akhir tahun lalu, restoran Santan telah menawarkan Pak Naseer yang digemari ramai dengan harga yang mampu milik. Turut dikongsikan, menu aiskrim Nasi Lemak Pak Naseer yang unik untuk dicuba.

AirAsia Jual Nasi Lemak Pak Nasser Hanya RM5 Sempena Pembukaan Santan

Santan Perkenalkan Aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser Yang Unik




Ikuti Cabaran Yang Dilalui Kapten AirAsia Ini Sepanjang 'Terbang' Ke Industri F&B 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo