Infotainment

Ilmuwan Rasa Seram Sejuk Selepas Jumpa Tongkat Ular Milik Bomoh Berusia 4,400 Tahun Lalu

Ilmuwan Rasa Seram Sejuk Selepas Jumpa Tongkat Ular Milik Bomoh Berusia 4,400 Tahun Lalu

Ilmuwan Rasa Seram Sejuk Selepas Jumpa Tongkat Ular Milik Bomoh Berusia 4,400 Tahun Lalu 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Sebatang kayu yang diukir dengan bentuk ular ditemui di sebuah tasik di barat daya Finland. Tongkat sihir, yang berusia sekitar 4,400 tahun yang lalu telah dipercayai digunakan untuk tujuan mistik oleh seorang bomoh. Satu Koivisto, seorang ahli arkeologi yang menemukan tongkat sihir terbabit menjelaskan kepada Live Science bahawa ini bukanlah penemuan yang biasa, tetapi satu penemuan yang membuatkan dia sendiri hilang kata-kata dan ada rasa seram sejuk.

Koivisto adalah seorang penyelidik pasca doktoral di University of Turku di Finland. Dia telah bertanggungjawab mengetuai penyelidikan di Jarvensuo, tempat di mana objek itu dijumpai bersama-sama dengan temannya Antti Lahelma, seorang ahli arkeologi di Universiti Helsinki. Seperti Koivisto, Lahelma juga terkejut ketika penemuan itu berlaku kerana tongkat itu sangat naturalistik dan menyerupai kepala ular Natrix.

Seorang lagi pula teman mereka, Sonja Hukantaival, seorang penyelidik di University of Finland mengatakan tongkat itu sangat mirip dengan ular berbisa. Apa yang membuatkan penemuan ini lebih menarik, kata Sonja, adalah bentuk ular secara umumnya mempunyai peranan penting dalam agama dan bagi sesetengah orang, ia sangat penting untuk tujuan mistik.

9ZBs9jeKtd7i7qJv73rfWg

Live Science

Dari sudut pandang sejarah yang banyak membincangkan kepercayaan sewaktu zaman pra-Kristian, ular adalah objek yang sarat dengan makna dan simbolik dalam kosmologi Finno-Ugric dan Sámi dan dukun. Sámi tinggal di utara Skandinavia dan Rusia, sementara bahasa Finno-Ugric pula bertebar di sekitar Scandinavia dan Eropah timur.

Namun, para ilmuwan yang menjayakan projek ini gagal untuk menemukan apa-apa nota bertulis. Difahamkan bahawa tongkat itu sendiri sudah wujud sebelum orang Finland mula mencatat. Dan disebabkan itu, para penyelidik juga tidak dapat mengesahkan bahawa manusia pada zaman itu mempunyai kepercayaan yang sama sekitar 4,400 tahun yang lalu.

Selain daripada tongkat, para penyelidikan juga menemui sejumlah besar artifak memancing di sekitar Järvensuo. Ini membuktikan bahawa terdapat aktiviti nelayan kuno yang sering mengunjungi kawasan tersebut.

Kitab Codex Gigas, naskhah kuno penuh misteri yang ditulis oleh iblis pada abad ke-13. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kitab Codex Gigas, Naskhah Kuno Penuh Misteri Yang Ditulis Oleh Iblis Pada Abad Ke-13

Ini Rahsia Mengapa Air Zamzam Tidak Pernah Kering Selama 40 Abad

Lihat Bagaimana Saintis Berjaya Hidupkan Semula Nebiri, Mumia Mesir Kuno Berusia 3,500 Tahun



Ilmuwan Rasa Seram Sejuk Selepas Jumpa Tongkat Ular Milik Bomoh Berusia 4,400 Tahun Lalu 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo