Infotainment

Inginkan Tips Menjadi Usahawan Pelajar Yang Berjaya? Sertai MaGIC USC 2021 Untuk Kembangkan Bakat Anda Dan Menang RM10,000

Inginkan Tips Menjadi Usahawan Pelajar Yang Berjaya? Sertai MaGIC USC 2021 Untuk Kembangkan Bakat Anda Dan Menang RM10,000

Inginkan Tips Menjadi Usahawan Pelajar Yang Berjaya? Sertai MaGIC USC 2021 Untuk Kembangkan Bakat Anda Dan Menang RM10,000 1

Bermula tahun lalu, dunia digemparkan pengadaptasian kehidupan seharian dengan norma baharu. Namun, disebabkan kehidupan norma baharu ini juga, ia telah membuka peluang kepada kita semua untuk menjadi lebih kreatif dan berinovatif dalam menyelesaikan masalah bagi melangsungkan kehidupan seharian dengan lebih lancar. Banyak yang perlu kita pelajari daripada mereka yang berjaya menguruskan perniagaan ketika waktu pandemik ini, dan jika anda seorang pelajar dan ingin menjadi usahawan, Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) membuka peluang untuk anda mengembangkan idea bernas dan bakat keusahawanan melalui program University Startup Challenge (USC) 2021. Berita baik juga untuk anda dimana kumpulan yang berjaya berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai yang boleh dijadikan modal perniagaan sehingga RM10,000.

Inginkan Tips Menjadi Usahawan Pelajar Yang Berjaya? Sertai MaGIC USC 2021 Untuk Kembangkan Bakat Anda Dan Menang RM10,000
Inginkan Tips Menjadi Usahawan Pelajar Yang Berjaya? Sertai MaGIC USC 2021 Untuk Kembangkan Bakat Anda Dan Menang RM10,000 5

Kriteria

MaGIC USC 2021 adalah satu program yang akan membimbing para pelajar membentuk corak pemikiran dan kemahiran yang lengkap untuk menjadi usahawan berjaya. Program ini akan dijalankan secara atas talian dan terbuka untuk pelajar yang sedang menjalani pengajian daripada mana-mana Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia yang berumur 18 hingga 35 tahun. Untuk menyertainya, anda perlu sekurang-kurangnya mempunyai idea untuk memulakan perniagaan sama ada ingin menyambung Projek Tahun Akhir ataupun teruskan projek usahawan yang sedang berjalan. Setiap kumpulan perlu dianggotai oleh 2 hingga 4 peserta dan berpengalaman dalam menyertai pertandingan yang melibatkan pembentangan idea. Peserta juga perlu menghantar dokumen sokongan seperti kertas cadangan, pelan perniagaan dan sebagainya untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Apa Yang Anda Akan Belajar Melalui Program Ini?

Program ini dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu Technology-Driven Track atau Impact Driven Track yang mana masing-masing mempunyai 6 modul pembelajaran. Modul pembelajaran ini terdiri daripada pengolahan idea (Ideation), pengesahan idea (Validation), pembangunan prototaip (MVP/ Prototype Development), pemasaran (Go-to-market), kewangan (Financials), dan akhir sekali adalah pembetangan (Pitching). Sepanjang program ini berlangsung, peserta akan menjalani beberapa peringkat. Pertama sekali adalah USC Idea Camp dimana ia merupakan sesi untuk membentangkan dan mengembangkan idea setiap kumpulan. Walaupun fasa ini telah pun berlangsung, anda masih lagi berpeluang untuk menyertai program ini untuk mengasah kemahiran keusahawanan anda di peringkat seterusnya iaitu USC Bootcamp.

USC Bootcamp ini akan berlangsung selama 3 hari dimana 20-25 kumpulan yang terdiri daripada kumpulan yang berjaya melepasi peringkat pertama, dan peserta yang baru mendaftar akan membuat perbincangan tentang projek mereka agar diterima di pasaran tempatan ataupun global. Sepanjang program ini berlangsung, anda berpeluang untuk mempelajari pelbagai ilmu baru yang merangkumi strategi dan sasaran pemasaran, mengenal pasti pesaing perniagaan, penjenamaan dan pelbagai lagi. Bagi hari kedua pula, anda akan belajar untuk membina prototaip dan memahami tentang jalan kerja serta bagaimana projek anda berfungsi dengan lebih mendalam. Pada hari ketiga USC Bootcamp pula, anda akan mempelajari berkenaan proses kewangan, pengurusan dana, pelaburan dan biayasama (crowdfunding).

Seterusnya adalah peringkat USC Quest dan Mentorship dimana peserta perlu memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan. Di sini anda boleh mengasah kemahiran anda seperti membina laman web atau prototaip, dapatkan pengesahan dan laporan pemasaran dan video pembentangan selama 5 minit. Kumpulan anda juga perlu melengkapkan sekurang-kurangkan 5 sesi bimbingan daripada mentor yang dipilih. Seramai 30 mentor akan terlibat untuk membimbing kumpulan anda dan pemilihan mentor ini boleh dibuat secara atas talian. Melalui bimbingan ini, anda boleh bertukar idea dan pendapat bersama mentor dan berkempen untuk mendapatkan biayasama daripada para pelabur yang berminat dengan projek anda.

Peringkat terakhir adalah USC Finale yang akan berlangsung pada bulan Oktober ini. Pada peringkat ini, Pitch Clinic akan diadakan bagi membantu para peserta menambah baik pitch deck dan pembentangan yang mereka sediakan. Dalam masa yang sama mereka akan berlatih untuk membuat pembentangan dengan lebih efektif dan bagaimana untuk berinteraksi dengan para juri dan penonton. Demo Day adalah hari terakhir dimana peserta perlu membentangkan idea mereka dalam masa lima minit dan diberi lima minit tambahan untuk sesi soal jawab bersama empat panel juri. Kumpulan yang berjaya akan memenangi hadiah RM10,000 sebagai modal perniagaan mereka.

Kesimpulan

Jelas sekali program USC-2021 anjuran MaGIC ini sangat bagus untuk para pelajar yang berminat dan ingin mengasah bakat dalam bidang keusahawanan ini. Pelbagai kemahiran boleh diasah dan ilmu yang anda boleh dapatkan sekiranya menyertai program ini. Antaranya adalah dapat mempelajari bagaimana ekosistem syarikat pemula (startup) di dunia sebenar berjalan, mendapat sokongan dan bimbingan daripada pihak MaGIC, para mentor dan rakan-rakan kongsi agar dapat kembangkan idea dengan lebih kreatif dan para pemenang program ini akan menerima hadiah sehingga RM10,000. Jadi, sekiranya anda pelajar dan mempunyai minat dalam bidang keusahawanan, melalui program MaGIC USC-2021 inilah anda dapat kembangkan bakat anda untuk menjadi usahawan berjaya. Program ini masih lagi berjalan dan sesi pendaftaran seterusnya akan dibuka pada 11 Jun kelak. Jadi, daftar sekarang sementara sesi pendaftaran masih dibuka.

Penafian: Advertorial daripada MaGIC

Inginkan Tips Menjadi Usahawan Pelajar Yang Berjaya? Sertai MaGIC USC 2021 Untuk Kembangkan Bakat Anda Dan Menang RM10,000 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo