Infotainment

Ini Adalah Kenapa Anda Melihat Pelan Berbeza Pada Penyenaraian Disney+ Hotstar Di AppStore

Ini Adalah Kenapa Anda Melihat Pelan Berbeza Pada Penyenaraian Disney+ Hotstar Di AppStore

Ini Adalah Kenapa Anda Melihat Pelan Berbeza Pada Penyenaraian Disney+ Hotstar Di AppStore 1

Disney+ Hotstar telah pun ditawarkan di Malaysia sejak daripada semalam, dimana ia ditawarkan kepada pengguna pada harga langganan RM54.90 untuk tiga bulan. Tiada pelan lain yang ditawarkan untuk pengguna tempatan – selain daripada penawarannya melalui langganan Astro.

Ini Adalah Kenapa Anda Melihat Pelan Berbeza Pada Penyenaraian Disney+ Hotstar Di AppStore
Ini Adalah Kenapa Anda Melihat Pelan Berbeza Pada Penyenaraian Disney+ Hotstar Di AppStore 7

Apa pun, beberapa pengguna telah mula berkongsi paparan skrin pada penyenaraian Disney+ Hotstar, dan mempersoalkan berkenaan dengan mengapa ia memaparkan pelan untuk langganan yang berbeza.

Hal ini berlaku adalah kerana aplikasi Disney+ Hotstar adalah diterbitkan untuk pengguna di beberapa negara, dan cirinya dihadkan mengikut negara. Dalam kes ini, aplikasi Disney+ Hotstar untuk pengguna Malaysia berkongsi terbitan dengan pengguna Indonesia.

Penyenaraian di AppStore memerlukan penerbit menyatakan sebarang pembelian dalam aplikasi. ini membuatkan penyenaraian turut menyertakan harga langganan yang ditawarkan untuk bulanan dan tahunan di Indonesia, sementara mengikut suku tahunan untuk Malaysia.

Untuk makluman, di Indonesia, langganan Disney+ Hotstar ditawarkan pada harga Rp39ribu sebulan, dan Rp199 ribu untuk tahunan. Tetapi, disebabkan penyenaraian global ini, ia turut memaparkan harga suku tahunan pada kadar RP199 ribu walaupun pelan berkenaan tidak boleh dipilih pengguna negara berkenaan.

Ini Adalah Kenapa Anda Melihat Pelan Berbeza Pada Penyenaraian Disney+ Hotstar Di AppStore 3
Ini Adalah Kenapa Anda Melihat Pelan Berbeza Pada Penyenaraian Disney+ Hotstar Di AppStore 8

Sama seperti di Malaysia, pelan yang ditawarkan adalah hanya suku tahunan pada harga RM54.90. Sebaliknya harga pilihan bulanan RM11.90 dan RM62.90 adalah disebabkan oleh penawarannya di Indonesia. Apa pun, perkara ini mungkin menimbulkan beberapa persoalan tambahan kenapa harga tahunan dan suku tahunan tidak sama jikalau mengikut penyenaraian di Indonesia – dan beberapa soalan lanjutan lain.

Ini Adalah Kenapa Anda Melihat Pelan Berbeza Pada Penyenaraian Disney+ Hotstar Di AppStore 4
Ini Adalah Kenapa Anda Melihat Pelan Berbeza Pada Penyenaraian Disney+ Hotstar Di AppStore 9

Menjawab kepada kami, Disney+ Hotstar Malaysia mengesahkan yang mana hanya pelan suku tahunan berharga RM54.90 untuk tiga bulan ditawarkan di Malaysia. Harga paparan bulanan dan tahunan adalah disebabkan oleh penyenaraian aplikasi sama di Indonesia.

Disney+ Hotstar turut mengesahkan yang mana buat masa ini, hanya satu pelan sahaja ditawarkan untuk pengguna di Malaysiia.

Sama-sama kita berharap agar lebih banyak pilihan pelan disediakan untuk pengguna tempatan pada masa akan datang – supaya kita dapat memilih yang terbaik, dan berjimat melaluinya.

Ini Adalah Kenapa Anda Melihat Pelan Berbeza Pada Penyenaraian Disney+ Hotstar Di AppStore 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo