Infotainment

Ini Intipati Belanjawan 2021

Ini Intipati Belanjawan 2021 1

Ini Intipati Belanjawan 2021 2

Harini tamatlah sudah #Belanjawan2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan kita, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sekitar jam 4 petang tadi. Memang saat yang ditunggu-tunggu rakyat. Ye lah masing-masing nak dapatkan perkhabaran gembira. Persoalannya anda gembira ke tak?

Banyak intipati yang disentuh. Antaranya tentang pengeluaran simpanan KWSP, mengenai peruntukan Gelombang ketiga Covid-19, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan banyak lagi.

Kalau anda nak tahu, ini adalah belanjawan pertama oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Fokus utama adalah menangani masalah COVID-19, melindungi rakyat untuk kelangsungan hidup golongan mudah terjejas dan memacu pertumbuhan ekonomi.

Ini Intipati Belanjawan 2021 3

Jom kita tengok satu-persatu Intipati Belanjawan 2021 – Kesejahteraan Rakyat petang tadi.

1. RM1 bilion bagi membendung gelombang ketiga COVID-19.

2. Pelepasan cukai bagi perbelanjaan vaksinasi (RM1,000) dan kenaikan had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak kepada RM8,000.

3. Memperluas perlindungan mySalam ke atas tuntutan kos peranti perubatan.

4. Menaikkan kadar bantuan kebajikan bulanan termasuk OKU tidak berupaya bekerja kepada RM300, Warga Emas, Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar kepada RM500, Elaun Pekerja OKU kepada RM450 dan Kadar Bantuan Kanak-Kanak Keluarga Miskin kepada RM450 – RM1,000

5. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebanyak RM1,200 bagi isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dengan satu anak. Bagi isi rumah dengan dua anak atau lebih, BPR sebanyak RM1,800.

BPR RM 800 bagi isi rumah berpendapatan RM 2,501- RM 4,000 dengan satu anak manakala BPR RM 1,200 dengan dua anak atau lebih.

BPR RM500 bagi isi rumah berpendapatan RM4,001- RM5,000 dengan satu anak manakala BPR RM750 dengan dua anak atau lebih.

Bagi bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah, BPR RM350

6. Pengeluaran Akaun 1 KWSP sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan bagi membantu pencarum yang kehilangan kerja.

Kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan daripada 11% kepada 9% mulai Januari 2021 utk tempoh 12 bulan.

7. Penambah baikan Bantuan Bayaran Bersasar kepada peminjam kategori B40 dan perusahaan mikro sehingga RM 150,000.

8. Pelanjutan Sistem Insurans Pekerjaan selama tiga bulan dan kadar Elaun Mencari Kerja bagi bulan pertama (80% gaji), bulan kedua hingga keenam (50% gaji) dan tiga bulan terakhir (30% gaji).

9. RM1.7 bilion dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif kepada nelayan dan petani. Elaun sara hidup nelayan dinaikkan kepada RM300 sebulan.

10. Elaun Guru Takmir dinaikkan kepada RM900 sebulan dan bayaran khas one-off RM500 kepada Imam, Bilal, Siak, Noja, Merbut, Guru Takmir dan Guru KAFA.

11. Kredit RM50 dalam akaun e-wallet bagi mereka berumur 18-20 tahun.

12. Penambah baikkan Rancangan Makanan Tambahan bagi murid sekolah B40 dengan penyediaan bekalan susu setiap hari persekolahan.

13. Peningkatan had pelepasan cukai bagi gaya hidup kepada RM3,000.

14. Penurunan kadar cukai sebanyak 1 mata peratusan bagi individu berpendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000.

15. Pas perjalanan tanpa had My30 diperluaskan ke Pulau Pinang dan Kuantan.

Pas perjalanan bulanan tanpa had RM5* bagi *pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6 serta golongan OKU bagi perkhidmatan tren komuter Lembah Klang, komuter utara, tren antara bandar Kuala Lipis dan Tumpat dan tren Sabah di jajaran Beaufort-Tenom.

Amacam? Anda berpuas hati tak? Kerajaan dah sedaya upaya bentangkan belanjawan ini untuk kesejahteraaan rakyat. Harap anda berpuas hati la ye.



Ini Intipati Belanjawan 2021 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo