Artikel Terkini

Ini Sebab Orang Thailand Dan Indonesia Bagi Kambing dan Ayam Makan Batang Pisang

Ini Sebab Orang Thailand Dan Indonesia Bagi Kambing dan Ayam Makan Batang Pisang
Ini Sebab Orang Thailand Dan Indonesia Bagi Kambing dan Ayam Makan Batang Pisang 1

Terdapat pelbagai jenis dan cara penyediaan makanan alternatif untuk haiwan ternakan seperti kambing, ayam dan itik. Di Thailand dan Indonesia, pemberian makanan alternatif yang dihasilkan dari batang pisang sudah lama diamalkan.


Kenapa batang pisang?


Batang pisang ternyata kaya dengan kandungan glukosa dan selulosa namun rendah kadar lignin. Glukosa adalah salah satu karbohidrat terpenting yang digunakan sebagai sumber tenaga bagi haiwan dan tumbuhan.

Glukosa yang terdapat di dalam batang pisang terhasil daripada proses fotensitesis dan respirasi. Sementara itu, lignin adalah satu bentuk serat yang diperlukan oleh haiwan ternakan untuk membantu pencernaan. Jika jumlah lignin tinggi diberikan, ia akan menyebabkan gangguan pencernaan kepada haiwan ternakan seperti cirit birit.

Selain itu juga, menu batang pisang amat sesuai diberikan kepada haiwan ternakan terutamanya ketika musim panas. kandungan air dan serat yang terdapat di dalam batang pisang mampu mengurangkan pemanasan haba di dalam badan haiwan ternakan.

Namun makanan dari batang pisang ini tidak boleh dimakan secara terus oleh haiwan ternakan kerana ia akan memberi kesan sampingan yang lain. Sebaiknya, hanya seminggu sekali sahaja sajian batang pisang disediakan. Selain di beri terus batang pisang untuk dimakan oleh haiwan ternakan, sebaiknya anda perlu campur beberapa bahan untuk menambahkan khasiatnya.

Ini Sebab Orang Thailand Dan Indonesia Bagi Kambing dan Ayam Makan Batang Pisang 2

Ini Sebab Orang Thailand Dan Indonesia Bagi Kambing dan Ayam Makan Batang Pisang 4

Cara Penyediaan makanan ternak dari batang pisang

RESEPI 1

Bahan-bahan:
3 Bahagian batang pisang yang telah di racik halus
3.5 bahagian ubi kayu yang telah diracik halus
3.5 bahagian jagung ayam yang halus

Cara: Campurkan kesemua bahan dan digaul rata sebelum diberikan kepada haiwan ternakkan

RESEPI 2

Bahan-bahan: 
2 bahagian batang pisang yang telah diracik halus
2 bahagian dedak ayam
3 bahagian jagung halus
1.5 bahagian nasi kering (kebiasaanya nasi kering dihasilkan dari kerak mahupun nasi yang tidak dimakan lagi. Ia dijemur sehingga kering)
1.5 bahagian hampas kacang soya
sedikit gula perang

Cara: Campurkan semua bahan sehingga rata dan diperap 1 minggu di dalam bekas kedap udara. Setelah seminggu, boleh diberiakn kepada ternakkan. Namun anda perlu apstikan, bahan perapan tidak busuk. Jika busuk, ia akan tercemar dan membahayakan haiwan ternakkan

Ini Sebab Orang Thailand Dan Indonesia Bagi Kambing dan Ayam Makan Batang Pisang 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo