Berita

Inovasi baharu wangian gaharu | Harian Metro

Inovasi baharu wangian gaharu | Harian Metro 2

R&A Signature optimis mencapai sasaran jualan RM50,000 sebulan menjelang suku pertama 2021, disokong dengan produk wangian antarabangsa dan inovasi gaharunya.

Pengasasnya, Azrin Taharudin berkata, kelainan syarikat menampilkan inovasi baharu wangian gaharu dijangka mampu meningkatkan semula jualan selepas terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Sasaran utama kami tahun ini adalah untuk mengembangkan kesedaran jenama R&A Signature dan dalam masa sama mahu memastikan pelanggan boleh mendapatkan wangian halal berkualiti tinggi.

“Kelebihan R&A Signature adalah produk kami mempunyai sijil halal bagi wangian yang dikeluarkan.

“Selain itu, kami juga mahu berkongsi pengetahuan dengan orang ramai jenis wangian gaharu yang asli termasuk cara memproses serta mengenal pasti gred gaharu yang ada di pasaran.

“Bagi suku kedua tahun depan, kami merancang mengeluarkan produk Bakhoor (kayu gaharu dibakar) selain memastikan pelanggan boleh memiliki wangian gaharu pada harga mampu milik,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, R&A Signature sudah berada di pasaran selama lima tahun dan pihaknya memfokus jualan secara dalam talian.

Azrin berkata, pihaknya juga menawarkan produk pengeluaran tulen (OEM) kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang ingin menceburi perniagaan wangian dengan modal rendah.

Katanya, pihaknya menyasarkan untuk memiliki bangunan sendiri termasuk galeri minyak wangi dan ruang pameran R&A Signature menjelang 2023.

Inovasi baharu wangian gaharu | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo