Infotainment

Insiden Lockerbie: Suspek pembuat bom ditahan di AS

Insiden Lockerbie: Suspek pembuat bom ditahan di AS
Insiden Lockerbie: Suspek pembuat bom ditahan di AS 1

WASHINGTON: Seorang lelaki warga Libya yang disyaki pembuat bom yang memusnahkan pesawat Pan Am 103 di Lockerbie, kini berada dalam tahanan di Amerika Syarikat (AS).

Lapor Daily Mail, Abu Agila Mohammad Mas’ud Kheir Al-Marimi ditahan polis AS kerana disyaki memainkan peranan penting dalam pengeboman yang berlaku pada 21 Disember 1988.

Kes terkenal di seluruh dunia sebagai pengeboman Lockerbie itu mengorbankan 11 orang di darat selain 243 penumpang dan 16 anak kapal.  

Pesawat Pan Am 103 meletup dan terhempas di padang berhampiran Lockerbie, Scotland selepas berlepas dari London ke Bandar Raya New York.

Menurut pihak berkuasa Scotland dalam satu kenyataan, keluarga mangsa yang terbunuh dalam pengeboman Lockerbie dimaklumkan bahawa suspek kini berada dalam tahanan polis AS.

“Pendakwa raya dan polis Scotland bekerjasama dengan kerajaan Britain serta rakan sejawat AS akan meneruskan siasatan itu bagi memastikan pihak bertindak bersama Abdul Basset al Megrahi dibawa ke muka pengadilan serta dihukum sekeras-kerasnya,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan sebulan selepas laporan mendakwa Abu Agila telah diculik oleh kumpulan militia di Libya.

Setakat ini, Abdul Basset merupakan satu-satunya individu disabitkan dengan pengeboman Lockerbie.

Abdul Basset dijatuhi hukuman penjara seumur hidup namun dibebaskan atas dasar belas kasihan oleh kerajaan Scotland pada 2009 selepas dia disahkan menghidap kanser dan meninggal dunia di Libya pada 2012.

Sementara itu, Jabatan Keadilan AS mengesahkan penahanan Abu Agila dan memaklumkan suspek akan dibawa ke Mahkamah Daerah Columbia, AS untuk dibicarakan. 


Insiden Lockerbie: Suspek pembuat bom ditahan di AS 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo