Berita

Insurans ‘unik’ untuk golongan jarang memandu kenderaan

Insurans 'unik' untuk golongan jarang memandu kenderaan 2

Kuala Lumpur: Cabaran kewangan ketika pandemik Covid-19 disifatkan merugikan bagi golongan pemilik kenderaan yang membayar premium insurans tahunan namun tidak kerap memandu.

Susulan itu syarikat insurans, Chubb melancarkan MY Smart Car Insurance iaitu produk insurans kereta berasaskan catatan jarak tempuh atau perbatuan (mileage) fleksibel dan komprehensif yang direka khusus bagi golongan pemandu yang jarang memandu di Malaysia.

Seiring perkembangan sistem pengangkutan awam yang pesat dalam negara serta peningkatan golongan yang bekerja dari rumah, MY Smart Car Insurance direka untuk membantu golongan yang jarang menggunakan kenderaan untuk menjimatkan kos insurans kenderaan mereka.

Presiden Chubb Insurance Malaysia Berhad, Steve Crouch, berkata, pakej insurans itu memberi ganjaran mereka yang jarang memandu dengan perlindungan menyeluruh serta penjimatan premium kira-kira RM300 setiap tahun.

“MY Smart Car Insurance adalah fleksibel yang membolehkan pelanggan memilih daripada tiga pelan berbeza yang menawarkan perlindungan komprehensif dalam had perbatuan tahunan sebanyak 5,000 kilometer (km), 7,000 km dan 10,000 km.

“Pelanggan yang perlu memandu lebih daripada jumlah perbatuan tahunan yang dipilih ketika pembelian boleh menambah jumlah perbatuan berkenaan dan menikmati perlindungan kompehensif yang serupa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Insurans 'unik' untuk golongan jarang memandu kenderaan 3

Pada akhir tempoh polisi, sebanyak 2,000km baki perbatuan yang tidak terguna boleh dibawa kepada tahun berikutnya sewaktu pembaharuan polisi.

Pembawaan ke hadapan baki perbatuan ini boleh dilakukan tanpa kos tambahan. Ciri ini membolehkan pelanggan untuk menikmati jumlah penjimatan dengan had perbatuan yang lebih tinggi.

Manfaat lain termasuk akses ke lebih 250 wakil bengkel kenderaan yang diluluskan Chubb dan fleksibiliti untuk menyesuaikan manfaat pilihan bagi memenuhi keperluan gaya hidup pelanggan.

Antara manfaat pilihan termasuklah perlindungan cermin hadapan, bencana khas dan perlindungan all drivers.

“Sebagai Craftsmen of Insurance, kami percaya bahawa tiada suatu perlindungan yang sesuai untuk semua individu. Pelancaran MY Smart Car Insurance menyokong matlamat kami untuk merangkul perbezaan dan mencipta produk yang bersesuaian dengan keperluan pemegang polisi kami.

“Dengan lebih ramai yang kurang memandu pada masa kini, MY Smart Car Insurance direka khas untuk pemandu dengan perbatuan rendah dalam negara,” katanya.

Chubb adalah syarikat insurans hartanah dan kasualti global dengan operasi di 54 negara dan wilayah.

Operasi Chubb di Malaysia menerusi Chubb Insurance Malaysia Berhad) menyediakan pelbagai penyelesaian komprehensif insurans am untuk individu, keluarga serta perniagaan bersaiz besar dan kecil melalui pelbagai saluran pengedaran.

Chubb di Malaysia mempunyai rangkaian cawangan yang luas dan lebih daripada 2,600 ejen dilantik.

Insurans 'unik' untuk golongan jarang memandu kenderaan 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo