Artikel Terkini

IOI City Mall Bakal Menjadi Pusat Beli-Belah Terbesar Di Malaysia

IOI City Mall Bakal Menjadi Pusat Beli-Belah Terbesar Di Malaysia
IOI City Mall Bakal Menjadi Pusat Beli-Belah Terbesar Di Malaysia 1

Pusat membeli-belah IOI City Mall dikhabarkan bakal menjadi pusat beli-belah terbesar di Malaysia dengan pembukaan Fasa Keduanya pada 25 Ogos ini yang mempunyai lebih 700 ruang runcit secara keseluruhan.

Dengan kedudukan lokasi strategiknya yang terletak di pusat peranginan IOI Resort City, ia bakal menjadi tumpuan lebih 3.1 juta pengguna dari perbandaran berhampiran di selatan Lembah Klang, iaitu Putrajaya, Cyberjaya, Kajang, Bangi, Sepang, Puchong dan Seri Kembangan.

Pembukaan Fasa Kedua IOI City Mall akan mempunyai secara keseluruhan 14 penyewa utama dan lebih daripada 200 kafe dan restoran yang bakal dinikmati orang ramai.  

IOI City Mall Bakal Menjadi Pusat Beli-Belah Terbesar Di Malaysia 2

Ketua Pegawai Eksekutif (IOIPG) Datuk Voon Tin Yow dalam satu kenyataan berkata IOI City Mall sedia menjadi pusat beli-belah terbesar di Malaysia dengan tambahan satu juta kaki persegi kawasan boleh disewa bersih bagi keseluruhan kawasan, menjadikan jumlah keseluruhan kawasan IOI City Mall kepada 2.5 juta kaki persegi.

“Selain peruncitan, pusat beli-belah ini menyediakan IOI City Farm, ruang seluas 18,000 kaki persegi yang menyediakan aktiviti mesra keluarga untuk mempelajari tumbuhan dan haiwan,” katanya.

IOI City Mall Bakal Menjadi Pusat Beli-Belah Terbesar Di Malaysia 4

Pameran didik hibur yang baharu itu terdiri tiga zon iaitu Zon Tumbuhan, Zon Haiwan dan Zon Akuatik untuk pengunjung memerhati dan berinteraksi dengan lebih daripada 70 spesies tumbuhan, haiwan kecil dan comel serta ikan.

Pusat beli-belah itu akan mengetengahkan “IOI Grand Exhibition and Convention Centre”, sebuah dewan berkeluasan 40,000 kaki persegi dengan kemudahan terkini yang boleh menampung 2,000 jemputan jamuan perkahwinan dan kira-kira 3,000 perwakilan untuk persidangan selain daripada pusat sukan di atas bumbung dengan 15 gelanggang badminton dan dua arena futsal.

Sumber: tvstv.my

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

IOI City Mall Bakal Menjadi Pusat Beli-Belah Terbesar Di Malaysia 6

Baca artikel berikutnya: Bawah Kuali Hitam Macam Ketiak Berkerak, Guna Sabun Cap Buruh Sahaja Untuk Hilangkan!

 

IOI City Mall Bakal Menjadi Pusat Beli-Belah Terbesar Di Malaysia 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list