Berita

IWK sudah lapor pencemaran kepada pihak berkuasa

IWK sudah lapor pencemaran kepada pihak berkuasa 1

IWK sudah lapor pencemaran kepada pihak berkuasa 2

Kuala Lumpur: Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd sudah memaklumkan kejadian kemasukan sisa berupa buih putih dan air warna merah kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

IWK dalam kenyataannya hari ini menjelaskan bahawa kakitangan yang bertugas mula mengesan kemasukan sisa berkenaan ke tangki rawatan loji pada 4 November, dan membuat laporan pada hari yang sama.

Menurutnya, susulan itu IWK segera menghentikan pelepasan efluen di loji tersebut bagi mengelakkan sebarang pencemaran ke saliran perairan.

“Ketika rondaan dan siasatan dijalankan pada 5 November lalu, SPAN dan IWK mendapati dua premis berhampiran loji disyaki melepaskan cecair putih berunsurkan kosmetik serta cecair berwarna merah yang dipercayai digunakan dalam cetakan kertas warna keagamaan.

“Kedua-dua bahan ditemui itu mempunyai persamaan dengan sisa yang dilepaskan ke dalam loji IWK di Taman Velox, Rawang,” katanya.

IWK memaklumkan, pihaknya sudah membuat laporan polis di Balai Polis Rawang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada hari yang sama susulan penemuan itu untuk siasatan lanjut mengikut jenayah alam sekitar.

Jelas kenyataan itu, pelbagai tindakan segera sudah dilaksanakan, antaranya melakukan rawatan dengan menggunakan Catalyst Hydrogen Peroxide (CHP) untuk meningkatkan proses rawatan biologikal, defoamer bagi menghilangkan buih-buih pencemaran, memindahkan air sisa haram yang tercemar ke tangki simpanan serta pemantauan 24 jam di dalam loji.

Menurutnya, loji IWK di Taman Velox sekali lagi dimasuki air sisa lain berwarna hijau semalam dan tindakan segera diambil dengan memindahkan air sisa berkenaan melalui lori tangki ke loji rawatan kumbahan IWK yang lain untuk proses rawatan selanjutnya (off-site treatment).

“Terkini, laporan media juga turut memaklumkan pihak polis sudah melakukan tangkapan ke atas mereka yang disyaki sebagai punca pencemaran air sisa haram ke dalam loji IWK di Taman Velox.

“IWK sentiasa komited dan berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa dalam menangani isu kemasukan air sisa haram ke dalam loji rawatan kumbahan serta berharap semua pihak turut membantu untuk mengenal pasti pelaku jenayah alam sekitar yang mencemarkan sumber air kita,” katanya.

IWK sudah lapor pencemaran kepada pihak berkuasa 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo