Infotainment

Jack Ma ‘Hilang’ Selepas Kritik Kerajaan Komunis China, Cetus Misteri Media Antarabangsa

Jack Ma 'Hilang' Selepas Kritik Kerajaan Komunis China, Cetus Misteri Media Antarabangsa 2

Spekulasi mula berputar di China selepas laporan menyatakan bahawa ahli perniagaan dan jutawan, Jack Ma dilaporkan menghilang lebih dari dua bulan.

Dia yang sudah lama tidak memunculkan diri di khalayak ramai juga dilaporkan gagal untuk hadir di dalam salah sebuah rancangan terbitannya sendiri, Africa’s Business Heroes yang memberi peluang kepada pengusaha Afrika untuk berkembang dan bersaing di dunia perniagaan.

Dia yang seharunya menjadi sebahagian daripada panel penilaian telah digantikan oleh eksekutif Alibaba pada November lalu. Gambarnya juga turut diturunkan dari laman web terbabit, lapor Telegraph UK.

Dalam satu kenyataan daripada jurucakap Alibaba, dia menyatakan bahawa Jack Ma tidak dapat menjadi juri bagi rancangan terbabit kerana terlibat dengan jadual yang padat, lapor Financial Times.

Berita kehilangan Jack Ma turut mendapat perhatian netizen apabila akaun @YourAnonCentral menciap misteri kehilangan Jack Ma bersama dengan beberapa keping gambar yang menunjukkan hubungan Jack Ma dan Amerika Syarikat.

Salah seorang netizen turut menyatakan bahawa kejadian misteri kehilangan orang ke-3 terkaya di China ini tidak masuk akal kerana Jack Ma mempunyai pengawal keselamatan yang ramai.

Jack Ma kritik China

Empayar perniagaan Jack Ma, Ant Group, mendapat perhatian Beijing sejak beliau menyampaikan pidato kontroversi di Shanghai pada 24 Oktober yang lalu.

Dia difahamkan telah mengkritik sistem peraturan kerajaan China kerana menyekat inovasi dan menyamakan peraturan perbankan global dengan “kelab orang lama”.

“Sistem kewangan hari ini adalah warisan Zaman Industri,” kata Ma dalam ucapan itu. “Kita mesti menyediakan ruang baru untuk generasi muda yang akan datang. Kita mesti mereformasi sistem semasa.”

Beberapa hari selepas itu, IPO Ant, yang sudah mendapat kelulusan dari badan sekuriti China telah ditangguhkan dengan alasan terdapat beberapa isu yang dikenal pasti.

Selain itu, Pihak berkuasa China turut menjalankan siasatan anti monopoli terhadap Alibaba pada akhir Disember lalu dan memberitahu Ant Group untuk menyusun semula operasinya.

Untuk rekod, Jack Ma telah menyumbangkan berjuta-juta pelitup muka untuk Eropah, AS dan Organisasi Kesihatan Sedunia dalam usaha membendung wabak tersebut.

Jutawan itu juga terlibat dalam pekerjaan amal, dengan Yayasan Jack Ma tertumpu pada bidang pendidikan, keusahawanan, kepemimpinan wanita, dan lingkungan.

Terdahulu, Jack Ma dilaporkan berjaya mengaut kekayaan sebanyak RM6.23 Trilion sejak COVID-19 melanda. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Sejak COVID-19 Melanda, Jack Ma Dilaporkan RM6.23 Trilion Lebih Kaya

Penjual Air Botol Jadi Individu Terkaya Di China, Bagaimana Dia Menewaskan Jack Ma?

Jack Ma Sumbangkan 2 Juta ‘Face Mask’ Ke Malaysia Dan Tiga Lagi Negara Asean




Jack Ma 'Hilang' Selepas Kritik Kerajaan Komunis China, Cetus Misteri Media Antarabangsa 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo